Didakwa Boleh Merawat Sakit Belakang, Senaman “Crocodile Crawl” Tular Di China
Baru-baru ini tular di media sosial apabila beribu-ribu orang mengikuti kelas merangkak buaya atau crocodile crawl yang dianggap sebagai sejenis senaman tulang belakang di China.
Memetik Oddity Central, senaman pelik yang diinspirasikan daripada buaya itu menjadi satu trend kesihatan baharu di negara berkenaan hingga mendapat pelbagai liputan media tempatan.
Berdasarkan video yang tular itu memaparkan satu kumpulan barisan panjang orang lengkap berpakaian dan memakai sarung tangan serta kasut di bandar Xiangshan dan Changsha.
Senaman tersebut didakwa dapat menguatkan otot belakang dan melegakan sakit belakang sekiranya diamalkan dengan kerap untuk jangka masa yang lama.

Salah seorang pengamal baru senaman tersebut sewaktu memberitahu China Central Television (CCTV) berkata bahawa dia mengambil bahagian dalam senaman baharu itu selepas mendengar bahawa ia dapat memulihkan sakit belakang.
Sementara itu Ketua Kumpulan Crocodile Crawl di Xiangshan juga mendakwa bahawa dia sebelum ini pernah bergelut dengan masalah tulang belakang namun selepas melakukan senaman itu sekitar lapan bulan lalu sakit yang dialaminya hilang.
Pakar Bedah Ortopedik di Hospital Ketiga Universiti Peking di Beijing, Chen Xin berkata senaman itu hampir sama seperti melakukan tekan tubi dan ia melakukan pergerakan ke hadapan pada masa yang sama.
“Ia akan mengurangkan tekanan pada tulang belakang dan membantu meningkatkan kekuatan periferi,” katanya.
Walau bagaimanapun, Xin memberi amaran bahawa senaman merangkak buaya tersebut tidak sesuai untuk dilakukan oleh orang yang menghidap penyakit diabetes, tekanan darah tinggi atau penyakit jantung disebabkan ia meningkatkan tekanan darah dengan cepat dan memberikan tekanan pada jantung sewaktu berjalan.
Sumber: Oddity Central
BACA JUGA: Kayuh Basikal Jadi ‘Trend’ Di Malaysia, Ini 5 Kelebihan Berbasikal Yang Perlu Anda Tahu