Siakap Keli
"Kampung Terkutuk", Misteri Dan Unik

Hanya Dihuni 30 Penduduk, Kampung Ini Dihuni Ratusan Patung Jerami Supaya Nampak Meriah

Hanya Dihuni 30 Penduduk, Kampung Ini Dihuni Ratusan Patung Jerami Supaya Nampak Meriah

Jepun merupakan sebuah negara maju yang terkenal dengan pelbagai perkara. Ibu kota Tokyo yang disirami limpahan lampu neon, aneka jenis makanan di Osaka hinggalah struktur bandar tradisional yang masih tersergam indah di Takayama.

Namun disisi lain, terdapat satu perkampungan unik di negara Matahari Terbit itu yang menawarkan perspektif berbeza kepada pelangcong yang melawatnya. Apatah lagi, jika yang datang melawat adalah mereka yang meminati percutian eksotik, aneh atau menyeramkan.

Di Nagaro, perkampungan ini tidak mempunyai ramai penduduk, antara puncanya kerana penghijrahan orang muda yang mengejar peluang-peluang pekerjaan di kota yang lebih menjamin masa depan dan juga warga emas yang beransur pergi ke negeri abadi.

Ketika ini, kampung itu dikatakan hanya dihuni sekitar 30 orang penduduk sahaja. Sesiapa yang bertandang perkampungan yang terletak di Pulau Shikoku itu pasti menyangka mereka sudah dibawa masuk ke dunia lain.

Mana tidaknya, bagi menjadikan kampung ini lebih hidup, deretan sekitar 350 patung jerami boleh dilihat dimana-mana. Tujuannya apa? Untuk menjadikan kampung tersebut tidak dilupakan dan pada masa yang masa yang sama, lebih berpenghuni.

Menurut penciptanya, Tsukimi Ayano, yang dikenali sebagai “Ibu Scarecrow”, kehadiran patung-patung tersebut sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada bandar berkenaan. Selain menjadi patung dekorasi, ia mewujudkan suasana seolah-olah Nagoro meriah dengan aktiviti penduduk dari bertani hinggalah aktiviti persekolahan.

Kampung terkutuk, Misteri Dan Unik
Kredit: Kazuhiro Nogi/AFP

Patung-patung itu juga diletakkan di lokasi yang mudah dilihat. Sekaligus berjaya menarik mata banyak pelancong yang hadir di kawasan sekitarnya.

Selain itu, bagi mereka yang singgah, mereka juga boleh mengikuti bengkel-bengkel penghasilan patung jerami, antaranya yang diusahakan oleh Ayana sendiri. Ketika musim luruh pula, penduduk di situ turut menganjurkan Festival Patung Jerami yang disambut meriah.

Bagi penduduk kampung Nagaro, kehadiran patung-patung jerami itu mungkin satu rahmat. Ini kerana, pada awalnya ia tidak dirancang sebagai salah satu tarikan pelancongan, namun kini ia menjadi destinasi yang wajib disinggah oleh sesiapa sahaja yang singgah di pulau itu.

Kampung ini juga pernah muncul di kaca TV, menerusi dokumentari Valley of the Dolls pada 2014 serta penampilan semasa episod siri pengembaraan James May Our Man in Japan.

BACA: Lelaki Rugi RM 45k, Isteri Tengah Rajin Kemas Rumah Buang Baju Lusuh Jadi Tempat Simpan Duit

Sumber: Daily Star

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.