Bukan berstatus swasta, mesyuarat Jemaah Menteri sebulat suara bersetuju Hospital Cyberjaya dioperasikan sepenuhnya sebagai hospital awam di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) bermula 11 November ini.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya hari ini.
“Hospital Cyberjaya akan menawarkan 14 bidang kepakaran. Di peringkat awal fasa pengoperasian bermula 11 November, Hospital Cyberjaya akan melaksanakan enam perkhidmatan kepakaran iaitu Jabatan Kecemasan; Jabatan Perubatan; Jabatan Pembedahan dan Jabatan Anesthesiologi; Jabatan Pediatrik dan Jabatan Obstetrik & Ginekologi,” kata beliau di Facebook.
Dalam pada itu, Khairy memaklumkan Klinik Kesihatan Cyberjaya turut akan dibuka di salah satu bangunan hospital awam baharu tersebut.
“Sukacita juga dimaklumkan, satu bangunan dalam kawasan Hospital Cyberjaya akan beroperasi sebagai Klinik Kesihatan (KK) Cyberjaya bagi rawatan pesakit luar dan akan memulakan operasi pada 1 November.
“Klinik Kesihatan Cyberjaya ini dibuka bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan di daerah Sepang dan kawasan sekitar termasuklah untuk mengurangkan kesesakan di KK Dengkil,” kata Khairy.
Sebelum ini, dilaporkan KK Dengkil mengalami kesesakan sehingga memerlukan banggunan tambahan untuk memastikan pesakit berada dalam keadaan selesa semasa merawat klinik itu.
Khairy turut turun padang melihat keadaan klinik itu dan menyatakan bahawa ‘extension’ bangunan bagi KK Dengkil akan diluluskan dengan kadar segera.
Beliau juga bersetuju untuk Dengkil mempunyai Klinik Kesihatan yang baharu. Kerana keadaan di Klinik Kesihatan itu agak sesak buat warga Dengkil dan sekitarnya.
“Saya setuju Dengkil memerlukan Klinik Kesihatan baharu. Extension bangunan cuma penyelesaian jangka pendek. Pembinaan Klinik Kesihatan baharu akan dimohon dalam masa terdekat,” katanya lagi.
https://www.facebook.com/Khairykj/posts/pfbid02vq1zUPab8L82JoE9UhpJZSwY8xKAuBdpPuvwGuzhJB2XVnuozmmC7ay6aH2ATCqwl
Sumber: Twitter / Khairy Jamaluddin