Siakap Keli
letupan jambatan crimea
Gambar: AFP

Letupan Jambatan Crimea: Putin Dakwa Ukraine Lakukan Keganasan

Presiden Rusia, Vladimar Putin Ukraine mendakwa Ukraine menyerang jambatan ke Crimea dengan mengatakan bahawa ia adalah tindakan keganasan.

Putin berkata perisikan Ukraine telah menyasarkan untuk memusnahkan infrastuktur awam Rusia yang sangat penting berkenaan hingga mengakibatkan tiga nyawa terkorban.

Dalam satu kenyataan dari Rusia, mangsa dikatakan berada di dalam kereta berhampiran lori ketika letupan itu berlaku pada hari kejadian.

“Tidak dinafikan ini adalah satu tindakan keganasan yang bertujuan untuk memusnahkan infrastuktur awal kritikal Rusia.

“Pengarah, pelaku dan penerimanya adalah perkhidmatan keselamatan Ukraine,” dakwa Putin semasa dalam perjumpaan dengan Ketua Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, Alexander Bastrykin.

Alexander Bastrykin berkata bahawa rakyat Rusia dan beberapa negara asing yang lain telah membantu dalam membuat persiapan untuk serangan itu.

Kredit: BBC NEWS

Menurut Alexander Bastrykin, penyiasat telah mengesahkan bahawa trak yang meletup dikatakan dari Bulgaria, Georgia, Armenia, Ossetia Utara dan Wilayah Krasnodar.

Sehubungan itu beliau telah mengarahkan siasatan dijalankan ke atas insiden berkenaan yang menyebabkan beberapa bahagian jalan itu roboh.

Bagaimanapun dalam masa sama pihak Ukraine tidak mengatakan bahawa pasukan mereka adalah punca kepada serangan itu.

Tetapi penyiasat kepada Presiden Ukraine Volodymyr Zalensky, Mykhailo Posolyak, menafikan tuduhan Putin.

Dia menulis bahawa terdapat “hanya satu negara pengganas di sini” dan bahawa “seluruh dunia tahu siapa itu”.

“Adakah Putin menuduh Ukraine sebagai keganasan? Ia kelihatan terlalu sinis walaupun untuk Rusia”, katanya.

Pada Sabtu, Volodymyr Zelensky mengakui bahawa insiden tersebut tergambar dalam ucapannya setiap malam dengan berkata “Hari ini bukanlah hari yang buruk dan kebanyakan cuaca cerah di wilayah negara kita.

“Malangnya, cuaca mendung di Crimea. Walaupun ia juga panas,” tambahnya.

Kredit: BBC NEWS

Pihak berkuasa Rusia membuka sebahagian daripada jalan raya di jambatan selepas beberapa jam serangan tetapi hanya untuk lalu lintas yang ringan sahaja.

Malah, bahagian kereta api jambatan itu iaitu tempat kapal tangki minyak terbakar juga telah dibuka semula.

Jambatan sepanjang 19 kilometer (12 batu) iaitu jambatan yang terpanjang di Eropah itu merupakan laluan bekalan terpenting untuk tentera Rusia berperang di Ukraine.

Rusia menggunakan jambatan itu untuk memindahkan peralatan ketenteraaan, peluru, dan kakitangan dari negaranyaletupan jambatan crimea ke medan perang di selatan Ukraine.

Ia dibuka oleh Presiden Putin pada 2018, iaitu selepas empat tahun Crimea diambil alih oleh Rusia.

Sumber: BBC NEWS

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.