Siakap Keli
Gambar: Neelofa

“Anak Ummi Sayang..,” Teka-Teki Terjawab, Neelofa Akhirnya Dedah Wajah Bilal

“Anak Ummi Sayang..,” Teka-Teki Terjawab, Neelofa Akhirnya Dedah Wajah Bilal

Pelakon dan pengacara televisyen terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor akhirnya mendedahkan wajah anaknya, Muhammad Bilal Muhammad Haris setelah sekian lama menjadi teka-teki.

Dalam satu hantaran di Instagram miliknya, Neelofa telah memuatnaik satu video (reels) yang memaparkan himpunan wajah anaknya.

Menerusi hantaran itu, Neelofa juga turut menitipkan kata-kata istimewa buat anak sulungnya itu.

“Cinta dan sayang pada anakku Bilal, antara kecintaan tertinggi & teragung ummi di dalam hidup ini. Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil

“Bilal anak ummi sayang, Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna.

“Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah.

“Jika keselesaan yang ditaruhkan. Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu.

“Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku. Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah,” katanya

Tambah selebriti terkenal itu, dia mendoakan agar anaknya untuk menjadi asbab agama tersebar seluruh alam.

“Terima kasih wahai Allah Yang Menzahirkan anak ini kepada kami. Semoga Afiyyah sentiasa untuknya. Semoga fakih dia dalam agama. Semoga doanya adalah seperti disebut nabi :ولد صالح يدعو له. Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya الهم امين,” jelasnya lagi.

Untuk makluman, Bilal dilahirkan pada 29 Januari 2022 dan sejak itu menjadi perhatian dan bualan rakyat Malaysia.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Sumber: Instagram Neelofa

BACA JUGA: Mungkin Anak Sendiri Pernah Terkena, Ini 5 Jenis Buli Di Sekolah Termasuklah Jegil Mata

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.