Siakap Keli
kesalahan cop parking
Kredit gambar: Buletin FM/Carlist

Awas, Cop Parking Sebenarnya Satu Kesalahan & Anda Risiko Dipenjara

Sering kali kita melihat situasi segelintir individu gemar cop parking di kawasan tertentu atas kapasiti ‘dia jumpa dulu maka dia punya’, walhal fasiliti tersebut adalah kegunaan awam bukan milik persendirian.

Tidak dinafikan ada sesetengah mereka – yang mengamalkan cop parking – mendakwa mereka berbuat demikian adalah kerana faktor senioriti, iaitu oleh kerana dia sudah lama menghuni di situ maka dia ‘layak’.

Tidak kurang juga senario yang hampir sama turut berlaku di kawasan parkir terbuka, pasar raya, gedung beli-belah dan seumpamanya. Pemandu akan ‘tinggalkan’ rakannya di petak parkir sementara untuk cop.

Berbalik kepada perenggan pertama, mungkin mereka rasa parkir itu mereka dapati dahulu maka cop adalah tindakan yang betul. Namun tahukah anda, cop parking sebenarnya merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang?

Berdasarkan perkongsian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Twitter, perbuatan cop seperti letak kerusi, motor, pasu bunga, ampaian baju, berdiri atas petak dan sebagainya di parkir merupakan kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan,” memetik perkongsian JPJ.

Difahamkan, undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada di tempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

Hukuman bagi pesalah cop ‘parking’ ditetapkan di bawah Seksyen 119 yang membawa kepada penalti tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan bagi kesalahan  pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila ikuti perkongsian di laman Twitter JPJ Malaysia dari semasa ke semasa.

BACA JUGA: (Video) “Jangan Terus Tukar ‘Gear’ P Ketika Parking…” Uncle Ini Kongsi Tukar ‘Gear’ Dengan Cara Yang Betul

Sumber : JPJ Malaysia | Twitter

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.