Siakap Keli
paras air taman sri muda bahaya
Gambar: Bernama

Awas, Paras Air Taman Sri Muda Lepasi Paras Bahaya

Paras air Sungai Klang di Taman Sri Muda, Shah Alam dilaporkan berada pada paras bahaya, menurut data terkini daripada Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor (JPS).

Menerusi laman Facebook Pejabat Daerah Tanah (PDT) Klang, beberapa daerah dilaporkan perlu diberi perhatian mengenai banjir yang disyaki akan melanda dalam masa terdekat sekiranya hujan lebat berterusan.

Dalam perkembangan terkini setakat 10:45 pagi tadi, bacaan paras air di Taman Sri Muda adalah 5.15 meter berbanding bacaan normal 2.8 meter.

Ia disusuli dengan Tugu Keris, Klang iaitu 2.83 meter, Bandar Klang 2.06 meter, Kampung Rantau Panjang 0.74 meter dan Kampung Perepat, Kapar 0.82 meter.

Sumber: laman web JPS

“Sila berjaga-jaga dan laporkan sebarang kejadian bencana banjir di talian perhubungan bencana Daerah Klang 03-33716700, WhatsApp 010-8691067,” menurut laman itu.

Dalam pada itu, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam laman Facebook turut mengingatkan orang awam untuk sentiasa berjaga-jaga ekoran paras air di sekitar Kuala Lumpur telah berada di peringkat bahaya sekitar 6.30 pagi tadi.

Menerusi laman sesawang Public Info Banjir, kawasan ‘hotspot’ Kuala Lumpur termasuk Lembangan Sungai Klang, Sungai Gombak dan Stesen Sungai Gombak di Jalan Tun Razak sudah berada di paras normal pada 9 pagi hari ini.

Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan membuat persediaan lanjut bagi menangani banjir sekiranya paras air meningkat.

“Hati-hati bawa kenderaan ke tempat kerja. Putrajaya, WPKL dan beberapa kawasan di Selangor hujan lebat pagi ini. Hati-hati!” katanya di Facebook.

Kredit: FB PDT Klang

 

https://www.facebook.com/pdtklg/posts/pfbid02sY7tCbak1uUBhme7JpiqXPUFHwwahDehZR7iRSN4orYnZVwaQhVMFFVDajYuKzcEl

Sumber: Facebook PDT Klang / JPS

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.