Siakap Keli
Lebuhraya LEKAS Ditutup Sementara
Gambar: Bernama

Lebuhraya LEKAS Ditutup Sementara Sabtu Dan Ahad Ini Untuk Acara Berbasikal

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) —Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan ditutup sementara kepada semua lalu lintas mulai jam 5 petang Sabtu ini hingga 4 pagi keesokkannya ( Ahad) sempena edisi ketujuh acara berbasikal malam, ‘RHB Lekas Highway Ride 2022’.

Ketua Pegawai Eksekutif LEKAS, Wan Salwani Wan Yusoff, berkata  penutupan jalan bermula dari Persimpangan Kajang Selatan hingga ke Persimpangan Paroi dengan sejumlah 19 persimpangan akan ditutup bagi memastikan kelancaran dan keselamatan bagi 5,618 peserta.

Dalam  kenyataan malam ini, katanya, anggaran trafik pada tempoh penutupan selama 11 jam itu membabitkan 40,000 kenderaan.

Bagi laluan alternatif, pengguna dari arah utara (Kuala Lumpur, Cheras, Kajang) dan arah selatan (Seremban, Senawang dan Kuala Pilah) dinasihatkan agar menggunakan Jalan Persekutuan 1 atau Lebuhraya PLUS.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.