Legenda Manchester United Owen Hargreaves percaya bahawa Liverpool ‘wajib menang’ apabila menentang Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad ini memandangkan mereka tuan ruman perlawanan.
Jelas Hargreaves, skuad The Reds dapat dilihat memulakan musim ini dengan prestasi teruk kerana masih mencatatkan kedudukan ke-10 dalam carta liga EPL setakat ini.
Baginya dengan gelaran yang sudah tenggelam, Hargreaves menyifatkan perlawanan itu sebagai perlawanan ‘wajib menang’ untuk The Reds demi menyelamatkan mereka pada musim ini pada kedudukan sekurang-kurangnya empat teratas.
Beliau berkata demikian ekoran kekalahan Liverpool pada Ahad lalu serta kemenangan Arsenal ke atas Leeds United mengakibatkan pasukan Jurgen Klopp ketinggalan jauh 17 mata di belakang pendahulu liga, The Gunners selepas 10 perlawanan.
“Sudah pasti Haaland akan memulakan, begitu juga dengan Phil Foden, ternyata prestasinya sangat mengagumkan.
“13 mata memisahkan antara kedua-duanya, jadi Liverpool ‘wajib menang’ bukan sahaja untuk menyelamatkan pasukannya pada musim ini tetapi perlu meletakkan pasukan itu pada kedudukan sekurang-kurangnya keempat dalam liga.
“Ia mungkin jurang yang terbesar antara dua kelab terbaik dalam Eropah yang pernah kami lihat dalam beberapa musim kebelakangan ini.
“Perlawanan besar bagi Liverpool bertujuan untuk mengubah nasib mereka pada musim ini tetapi sukar untuk kita lihat City tidak mensia-siakan peluang yang ada,” katanya kepada BT Sport, memetik Footbal365.

Imbas kembali, Liverpool hanya menang dua kali sepanjang pertembungan antara sembilan pasukan yang lain malah pada minggu lalu pasukan itu turut dibelasah Arsenal dengan keputusan 2-3.
Ia bukan perkara mudah bagi Klopp dan pemainnya kerana mereka bakal bertemu gergasi EPL masa kini, Manchester City dalam perlawanan yang seterusnya.
Untuk rekod, The Citizens tidak pernah tewas dalam semua pertandingan musim ini dan kini berada di tempat kedua dalam carta liga dengan 23 mata, hanya jurang satu mata dengan pendahulu, Arsenal.
Sementara itu pemain baharu City, Erling Haaland terus berada pada prestasi yang terbaik kerana mampu menghasilkan jaring tanpa henti setiap minggu.
Selain itu, Joel Matip dan Trent-Alexander-Arnold pula dijangka akan terlepas perlawanan yang bakal berlangsung Ahad ini dan ia merupakan satu kehilangan besar buat Klopp walaupun mereka masih bergelut untuk memperbaiki prestasi.
Sementara, Joe Gomez dan Ibrahima Konate mungkin akan menggantikan dua pemain yang mengalami kecederaan itu dengan pertahanan Perancis yang sembuh dari kecederaan.
Imbas kembali sewaktu menentang Arsenal Ahad lepas, Liverpool tumpas di Emirates hanya oleh sepakan penalti pada 15 minit terakhir sebelum perlawanan tamat.
Klopp berkata ia “soft” dan perasaannya pasti digemakan oleh pemainnya yang berada di atas padang ketika itu.
Hargreaves berkata, Jordan Henderson, yang menjadi subjek penyiasatan FA berikutan pertengkaran dengan pertahanan Arsenal, Gabriel, menjadi marah kerana keputusan Micheal Oliver yang memberikan sepakan penalti kepada Thiago.
“Thiago adalah pemain bola sepak yang sebenar, dia tahu dan berkata itu hanya sedikit,” kata Hargreaves.
Sumber: Football365