Siakap Keli
Kredit SG Road Vigilante/YouTube

Pemandu Teksi Ditahan, Seret & Heret Tangan Polis Beberapa Meter

Pemandu Teksi Ditahan, Seret & Heret Tangan Polis Beberapa Meter

Seorang pemandu teksi lelaki berusia 69 tahun telah ditahan pada 9 Oktober lalu kerana menyebabkan kecederaan dan menghalang penjawat awam ketika menjalankan tugasnya, lapor Mothership.

Polis dalam satu kenyataan berkata, seorang pegawai polis trafik (TP) yang sedang membuat rondaan di sekitar Jalan Holland berkata dia ternampak seorang pemandu teksi sedang menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Pegawai polis itu kemudian memberi isyarat supaya pemandu terbabit berhenti. Bagaimanapun, pemandu itu tidak mengendahkan pegawai tersebut dan terus memandu.

Pegawai itu bertindak mengekorinya dan akhirnya berjaya menahan pemandu teksi tersebut di sepanjang Farrer Road.

Apabila pegawai polis itu mendekati teksi tersebut, dia enggan memberi kerjasama dan butirannya. Pegawai itu bertindak menghulurkan tangannya untuk mematikan enjin kenderaan terbabit.

Walau bagaimanapun, pemandu teksi itu kemudian dikatakan menutup tingkapnya sebelum pegawai itu dapat mengeluarkan lengannya.

Kesannya, pegawai itu diseret di sepanjang jalan sejauh beberapa meter sebelum pemandu teksi tersebut berhenti dan menutup tingkap.

Video pendek kejadian itu telah dimuat naik dalam talian menunjukkan lengan pegawai itu tersepit di tingkap teksi tersebut.

Pemandu teksi itu kemudiannya ditahan kerana menyebabkan kecederaan dan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya.

Pegawai berusia 34 tahun itu dihantar ke hospital untuk menerima rawatan pesakit luar. Siasatan lanjut polis sedang dijalankan.

Jika didapati bersalah menyebabkan kecederaan, pesalah boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, dan denda atau rotan.

Mana-mana pemandu yang disabitkan kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu di jalan raya boleh dipenjara sehingga enam bulan, denda sehingga RM 3,300 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Mothership

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.