Siakap Keli
Bursa Malaysia Diiktiraf Bursa Saham Terbaik Bagi Penyenaraian Islamik
Gambar: Bernama

Bursa Malaysia Diiktiraf Bursa Saham Terbaik Bagi Penyenaraian Islamik

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia Bhd dinobatkan sebagai Bursa Saham Terbaik Bagi Penyenaraian Islamik menerusi Tinjauan Perkhidmatan Penyedia Islamic Finance News (IFN) 2022.

Tinjauan Perkhimatan IFN tersebut menyenaraikan sembilan penyedia perkhidmatan paling cemerlang dalam industri kewangan Islam global dari serata dunia bagi 2022 yang dipilih serta pengundian oleh kelompok terbabit.

IFN merupakan peneraju berita serta penyedia penyelesaian kewangan Islam.

“Usaha tinjauan bagi tahun ini juga merupakan satu rekod pencapaian dengan peningkatan sebanyak 70 peratus dari segi penyertaan pengundi berbanding 2021,” menurut IFN dalam satu kenyataan.

Acara kali ini turut mencatat undian tertinggi berjumlah lebih 8,800 daripada kalangan penggiat industri kewangan Islam, pelabur serta korporat dari segenap peringkat global.

Sumber: BERNAMA 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.