Gempa Bumi Lemah Gegar Kunak, Sabah Sebentar Tadi
Jabatan Meterologi Malaysia (Met Malaysia) melaporkan satu gempa bumi lemah berukuran 3.2 Magnitud berlaku di Kunak, Sabah pada jam 11.10 malam, 12 Oktober 2022.
Dalam kenyataan tersebut, pusat gempa bumi itu difahamkan terletak di 4.6 darjah Utara dan 118 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer dan 13 kilometer dari Kunak, Sabah.
Tambah Met Malaysia, gegaran itu dapat dirasai di daerah berkenaan.
“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan,” katanya.
GB lemah M3.2 di Kunak, Sabah pada 11:10 malam, 12 Oktober 2022. Pusat gempa bumi di 4.6° U dan 118.2° T dengan kedalaman 10 km. 13km BD dari Kunak,Sabah.Gegaran dirasai di Kunak, Sabah.Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.#gempabumiMETMalaysia pic.twitter.com/REWJHwTuz8
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) October 12, 2022
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia