Pemuda Kongsi Dapat Tebus Makanan Percuma Di Kedai-kedai Ini Sempena Hari Jadi
Malaysia sememangnya syurga makanan dan tak susah pun untuk kita bertemu dengan deretan kedai-kedai viral, tak kira yang menawarkan juadah tempatan mahupun dari dunia luar di mana-mana.
Lebih menarik, ada kedai-kedai ini turut aktif di media sosial untuk mendekati pelanggan. Jadi, untuk memastikan pengguna kekal dengan jenama mereka, macam-macam cara yang kedai ini buat sebagai tanda menghargai sokongan orang ramai.
Salah satunya, peluang menebus menu percuma sempena hari jadi yang ditawarkan oleh restoran-restoran fast food yang ada di negara kita.
Itulah yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Arulll, apabila dia bersama dengan seorang lagi rakannya keluar menikmati hadiah hari jadi, percuma sempena hari jadi mereka yang disediakan oleh restoran-restoran ini.
Tanpa berlengah lagi, jom kita ikuti perkongsian tersebut dibawah.
1.Inside Scoop

Apa yang perlu anda lakukan adalah membeli ais krim di kedai tersebut dan secara automatik maklumat anda akan dimasukkan di dalam sistem dan anda boleh mendapatkan baucar percuma untuk satu scoop ais krim.
2. Boost

Ada setengah kedai akan meminta anda untuk memuat turun dan mendaftar di aplikasi mereka untuk menebus baucar di kedai mereka.
Menurut Arull dan rakannya mereka hanya memuat turun aplikasi Boost dan daftar aplikasi tersebut untuk mendapatkan air percuma sempena hari jadi mereka. Tambahnya lagi, baucar untuk hari jadi hanya dapat digunakan 5 hari sahaja dan anda boleh meminta apa-apa perisa dengan saiz original sahaja.
3. Family Mart

Di family mart anda boleh menebus ais krim Sofutto.
4. Baskin Robins

Apa yang anda perlu lakukan adalah sama seperti Boost hanya memuat turun aplikasi tersebut dan daftar untuk mendaptkan ais krim percuma. Selepas selesai, anda boleh terus dapat menikmati ais krim secara percuma dan memilih perisa yang anda inginkan.
5. Super Park

Anda bukan sahaja dapat menebus baucar di kedai-kedai makanan tetapi juga boleh menebus tiket percuma di Super Park, Avenue K. Caranya sangat mudah hanya perlu pergi ke kaunter dan memaklumkan kepada pekerja mereka untuk menebus baucar birthday dan tunjukkan kad pengenalan anda sahaja.
Di Super Park Avenue K terdapat pelbagai jenis pemainan seperti trampoline, bola sepak, basketball, baseball dan lain-lain aktiviti yang anda boleh lakukan. Anda boleh bermain selama 2 jam di tempat tersebut.
Jadi apa tunggu lagi jangan lepaskan peluang untuk menyambut hari jadi dengan cara percuma hanya mengikuti cara mudah ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk menyambut hari jadi dengan cara yang mewah.
Sumber: Qamarul Qashroff via Twitter