Siakap Keli

Selalu Ikan Patin Je Disebut-sebut, Lelaki Dedah Ini Ikan-ikan Lain Menanti Kaki Pancing Di Sungai Pahang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selalu Ikan Patin Je Disebut-sebut, Lelaki Dedah Ini Ikan-ikan Lain Menanti Kaki Pancing Di Sungai Pahang

Sungai Pahang sememang syurga buat kaki pancing dan terkenal di seluruh Malaysia. Mana-mana yang pernah turun ke sungai ini untuk menguji skill masing-masing, pasti mengetahui apa yang Sungai Pahang mampu tawarkan.

Selain itu, Sungai Pahang juga terkenal dengan ikan patin. Malah, tak salah rasanya kalau kita menganggap ikan patin adalah permatai sungai ini dan negeri Pahang. Kalau dapat induk liar, memang boleh dijual pada harga yang tak masuk akal tau.

Walau bagaimanapun, dasar Sungai Pahang sebenarnya turut dihuni oleh pelbagai spesis ikan tempatan yang lain. Melalui perkongsian seorang pengguna Twitter, Dr Fitri Yusof, beliau berkongsi beberapa jenis ikan lain yang mungkin orang Pahang sendiri tak pernah dengar.

Jom ikuti perkongsian tersebut sama-sama di bawah.

1. Ikan Tapah/Great Tapah

Lima Ikan Rare Di Sungai Pahang
Kredit: Dr FItri Yusof via Twitter

Ikan Tapah/Great Tapah atau nama lainnya, Wallagonia leeri, merupakan salah satu spesis ikan air tawar yang boleh ditemui di Sungai Pahang ini. Menurut Dr Fitri, kewujudan ikan tersebut turut terselit dengan kisah-kisah lagenda yang tersendiri.

Antara lagenda yang begitu sinonim dengan ikan ini ia kisah tapah menyambar anak monyet dan juga sumpahan ikan tapah di Perak.

Menurut beliau, spesimen terbesar yang pernah ditemuinya adalah seberat 30kg.

2. Kenderak/Goonch

Lima Ikan Rare Di Sungai Pahang
Kredit: Dr Fitri Yusof via Twitter

Ikan kenderak dikenali dengan nama saintifiknya Bagarius bagarius. Ikan ini suka duduk di kawasan air yang berbatu dan spesies ikan pemangsa yang kuat makan.

Antara ciri-ciri ikan ini ketika berburu adalah gemar duduk dalam keadaan diam dan menyambar anak ikan yang lalu di depan matanya.

Kata Dr. Fitri, ikan ini sangat enak sekiranya dijadikan juadah gulai asam rong.

3. Pari Air Tawar / White Edge Whipray

lima jenis ikan rare di sungai pahang
Kredit: Doni Susanto

Ikan pari air tawar turut dikenali dengan nama saintifiknya Fluvitrygon signifer. Menurut penduduk Pahang, ikan pari air tawar adalah antara ikan yang biasa diperolehi oleh kaki pancing di sungai ini.

Uniknya, sesetengah pihak percaya ikan pari air tawar akan beranak sekiranya ada orang yang melangkah ikan tersebut. Bunyinya mungkin sedikit pelik, namun ia antara kisah menarik mengenai spesis ini.

Bagi Dr. Fitri, ikan pari air tawar mungkin beranak akibat stress yang dialaminya apabila dipancing.

4. Gohok/Begahak

Lima Ikan Rare Di Sungai Pahang
Kredit: Dr Fitri Yusof via Twitter

Ikan begahak atau spesies Belodontichthys dinema biasanya mendiami kawasan sungai yang lebih dalam dan berarus. Ikan ini adalah ikan pemangsa yang sinonim dengan perairan air tawar di Sungai Pahang.

5. Ikan Sebelah Air Tawar / Dwarf Freshwater Soles

Lima Ikan Rare Di Sungai Pahang
Kredit: myrokan.com

Ikan sebelah air tawar atau nama spesiesnya Achiroides leucorhynchos. Menurut beliau ikan ini adalah ikan yang jarang beliau temui.

Keunikan ikan sebelah ini berbeza dengan ikan yang lain kedua-dua bahagian badannya berbeza dan ikan sebelah ini dapat ditemui di perairan yang cetek dan amat digemari oleh para pemancing.

Harap perkongsian ini akan memberi manfaat kepada pemancing  di luar sana untuk pergi ke pahang dan memancing ikan-ikan yang jarang ditemui di beberapa buah negeri kecuali Negeri Pahang.

Sumber: Dr Fitri Yusof via Twitter , Umpan & MyRokan

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.