Siakap Keli
Bakal Mencipta Sejarah, Pelakon Pertama Ke Angkasa Lepas
Gambar: Mothership.sg

Tak Cukup Di Bumi, Tom Cruise Rancang Rakam Filem Di Angkasa Lepas, Jadi Yang Pertama Melakukannya

Tak Cukup Di Bumi, Tom Cruise Rancang Rakam Filem Di Angkasa Lepas, Jadi Yang Pertama Melakukannya

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Hollywood ini, Tom Cruise yang sering tampil sebagai hero dalam filem-filem aksi yang amat mengagumkan.

Malah, dalam hampir kesemua filem yang dibintangi, banyak aksi-aksi berbahaya atau cemas dilakonkannya sendiri. Contohnya, aksi memanjat Burj Khalifa dan tergantung di tepi pesawat tentera dalam siri Mission Imposible.

Tidak cukup dengan aksi dramatik di Bumi, nampaknya Tom Cruise merancang untuk melakukan rakaman di angkasa lepas pula di masa akan datang. Khabarnya, perancangan tersebut ada kena mengenan dengan filem beliau seterusnya selepas kejayaan “Top Gun: Maverick”, yang meraih kutipan lebih AS$1.4 bilion di box office.

Adakah Sejarah Bakal Tercipta?

Menurut artikel Mothership.sg dalam temu bual dengan BBC, Donna Langley, CEO Universal Filmed Entertainment Group, menyebut bahawa idea itu dikemukana sendiri oleh Tom Cruise dan pengarah filem The Bourne Identity, Doug Liman sekitar dua tahun lepas.

Menurut Lanley, mereka berdua mempersembahkan idea gila berkenaan kepadanya dan alur cerita filem itu dikatakan bermula di Bumi sebelum Tom Cruise terbang ke angkasa lepas untuk menyelematkan dunia.

Jika idea berkenaan berjaya direalisasikan, Tom Cruise akan menjadi “orang awam pertama yang melakukan spacewalk di luar stesen angkasa”, kata Langley. Tambahnya lagi filem ini akan menjadi filem naratif Hollywood yang pertama melakukan rakaman di angkasa lepas.

Pentadbir NASA Jim Bridenstine turut menulis tweet tentang kegembiraannya tentang bekerjasama dengan bintang Hollywood tersebut.

Bakal Mencipta Sejarah, Pelakon Pertama Ke Angkasa Lepas
Kredit: consequence via Twitter

Dia berharap filem itu akan memberi inspirasi kepada “generasi baru jurutera dan saintis untuk menjadikan rancangan bercita-cita tinggi NASA menjadi kenyataan”.

Sementara itu, Hollywood Deadline melaporkan bahawa filem tersebut bukan sebahagian daripada francais filem Mission: Impossible.

Sumber: Mothership

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.