Siakap Keli
Beberapa Negeri Dijangka Dilanda Ribut Petir
Gambar: Bernama

Waspada, Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Negeri Malam Ini

Waspada, Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri yang dijangka berlaku sehingga jam 10 malam ini.

Dalam kenyataaan tersebut, Met Malaysia meramalkan cuaca buruk berlaku di seluruh negeri Perlis, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagi negeri Kedah, beberapa daerah dijangka mengalami cuaca itu di Kubang Pasu dan Padang Terap.

Manakala di negeri Perak pula melibatkan kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

Daerah Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan turut dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama.

Di Terengganu pula, ia hanya melibatkan daerah Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Bagi negeri Selangor, ia melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

“Selain itu di Negeri Sembilan pula ia melibatkan Jelebu dan Jempol,” kata MetMalaysia.

Di Sarawak, beberapa kawasan turut dijangka dilanda ribut petir antaranya Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song) dan Miri (Telang Usan).

Berikutan ramalan cuaca ini, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengelakkan diri dari berada di kawasan yang berisiko.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.