Siakap Keli
harga bola ikonik hand of god diego maradona
Gambar: El Grafico/ Getty Images & Bongarts/Getty Images

Bakal Dilelong, Harga Bola Ikonik “Hand Of God” Diego Maradona Dianggar Cecah Hingga RM15 Juta

Bakal Dilelong, Harga Bola Ikonik “Hand Of God” Diego Maradona Dianggar Cecah Hingga RM15 Juta

Bola yang digunakan legenda bola sepak Argentina, mendiang Diego Maradona untuk menjaringkan gol popularnya, ‘Hand of God‘ ketika menentang England pada Piala Dunia 1986 bakal dilelong bulan depan dengan anggaran harga RM13.28 juta hingga RM15.9 juta.

Memetik The Guardian, bola Hand of God itu bakal dilelong oleh Graham Budd Auctions pada 16 November.

Pengadil perlawanan, Ali Bin Nasser dari Tunisia pada ketika itu yang juga pemilik kepada bola berkenaan berkata bahawa sudah tiba masanya untuk berkongsikan bola itu kepada dunia dan dia berharap agar pembeli akan mempamerkannya kepada umum.

Mengimbas kembali, Ali berkata dia gagal mengesan tindakan Maradona sewaktu itu dan memberikan gol.

harga bola ikonik hand of god diego maradona
Gambar: Bongarts/Getty

“Saya tidak dapat melihat situasi pada ketika itu dengan jelas. Dua pemain, Shilton dan Maradona menghadap saya dari belakang,” katanya.

Mengikut arahan yang dikeluarkan FIFA sebelum kejohanan, dia juga telah meminta pengesahan daripada pembantu garisan sebelum membuat keputusan bahawa ia adalah gol.

Bagaimanapun, Ketua Jurulatih England pada ketika itu, Bobby Robson berkata bahawa penjaga garisan tidak menjalankan tugas dengan bertanggungjawab.

harga bola ikonik hand of god diego maradona
Gambar: El Grafico/Getty Images

Difahamkan, gol yang dijaringkan Maradona itu dengan terkena sedikit kepala dan tangan dan digelar sebagai Hand Of God.

Bintang Argentina tersebut menumbuk bola berkenaan hingga melepasi penjaga gol Peter Shilton pada ketika itu untuk membuka jaringan pertama pada minit ke – 51 di suku akhir di Estadio Azteca, Mexico City.

Dalam perlawanan tersebut, ia berkesudahan dengan Argentina layak ke separuh akhir setelah mengatasi England dengan skor 2-1.

Terdahulu, Diego Maradona meninggal dunia pada November 2020 dan bajunya telah dilelong pada bulan Mei lalu dengan harga mencecah RM37.7 juta

Sumber: The Guardian

BACA JUGA: Lagenda Bola Sepak Dunia, Diego Maradona Meninggal Dunia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.