Kemas & Bersih, Ini 5 Langkah Nak Buang Tulang Pada Paha Ayam Untuk Dibuat “Chicken Chop”
Ayam adalah antara daging mentah yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk dijadikan apa-apa juadah. Rendang, kari, bakar, goreng atau apa sahaja, ayam memang mudah untuk diolah.
Biasanya, ayam sudah siap-siap dipotong ketika dibeli dipasar. Tinggalnya cuma untuk dimasak sahaja apabila pulang ke rumah nanti. Nak membersihkan daging ayam pun senang. Namun begitu, ada beberapa bahagian ayam ini masih bertulang dan tulang itu perlu dibuang sekiranya mahu dimasak, misalnya chicken chop.
Jadi, bagaimana tulang ayam ini mahu dibuang? Mudah sahaja, kali ini kami ingin berkongsi tips membuang tulang ayam, khususnya pada bahagian pehanya dengan mudah. Tips ini dikongsikan oleh Salmy Saznira melalui facebooknya. Jom kita belajar sama-sama.
Apa yang anda perlu lakukan ialah:
Langkah 1

Pertama bersihkan bahagian keseluruhan paha ayam yang biasa kita buat Chicken Chop. Kemudian ketuk bahagian pergelangan bawah (rujuk anak panah), guna pisau besar untuk mematahkan atau memutuskan bahagian tersebut.
Langkah 2

Gunakan kedua-dua tangan untuk patahkan sendi di bahagian tengah, tarik ke bahagian bawah secara serentak dan anda akan rasa sendi tercabut di bahagian tengah.
Langkah 3

Tarik bahagian tulang (sendi bawah seperti anak panah) dan pusingkan supaya ia boleh tercabut.
Langkah 4

Seterusnya, kikis ayam menggunakan pisau, terutamanya pada tulang bahagian atas (rujuk anak panah dalam gambar).
Langkah 5

Kemudian, kikis pada bahagian isi yang melekat pada tulang sampai ke hujung atau sendi tengah. Perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana sendi dan isi tengah banyak yang bercantum.
Jadi anda perlu melakukannya secara perlahan-lahan sehingga anda boleh tarik dan cabut keseluruhan tulang termasuk satu tulang kecil yang bersambung di bahagian bawah.
Langkah 6

Langkah terakhir bila telah selesai, potong sedikit di bahagian bawah menggunakan gunting supaya ia terbuka dan melebar.
Langkah 7

Ini lah hasilnya setelah semua cara telah dilakukan. Jadi lepas ini anda hanya boleh lakukan di rumah lebih murah dan menjimatkan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda untuk mempelajari perkara baru, Selamat mencuba.
Sumber: Skilicious via Facebook