Siakap Keli
Gambar: AFP PHOTO/ DUBAI CHAMBERS

Kereta Terbang Buatan China Terbang Buat Pertama Kali Di Langit Dubai

Kereta Terbang Buatan China Terbang Buat Pertama Kali Di Langit Dubai

Kereta terbang keluaran sebuah syarikat berpangkalan di China, X2 berjaya melakukan penerbangan pertamanya di Dubai, pada minggu ini. Kenderaan berkenaan dipamerkan sebagai kereta terbang perjalanan altitud rendah untuk tujuan seperti riadah dan juga pengangkutan perubatan.

Kereta terbang berkenaan yang berkemampuan berlepas dan mendarat secara menegak, atau eVTOL, mempunyai kokpit tertutup dengan dua tempat duduk. Manakala rangkanya pula diperbuat daripada struktur gentian karbon. Ia juga mempunyai dua mod penerbangan iaitu manual dan juga automatik.

Presiden XPeng, Brian Gu menyifatkan acara tersebut sebagai langkah utama dalam penerokaan mobiliti masa depan. Syarikat tersebut ketika ini sedang menyusun langkah untuk pengenalan produk dalam pasaran antarabangsa.

“Pameran awam Xpeng X2 di Dubai mewakili pencapaian penting bagi Xpeng Aeroht dan pencapaian antarabangsa kereta terbang,” kata Gu dalam satu kenyataan bertarikh 10 Okt.

X2 ialah kereta terbang generasi kelima XPeng Aeroht. Syarikat itu berkata mereka merancang untuk mengumumkan kemajuan pada model generasi keenam yang boleh di pandu di jalan raya dan terbang di acara 1024 XPeng Tech Day, yang bakal berlangsung pada 24 Oktober.

Menurut Morgan Stanley, terdapat beberapa syarikat termasuk TCab Tech dan AutoFLight China sedang meneroka pasaran penerbangan bandar altitud rendah atau mobiliti udara bandar global dengan nilai pasaran dijangka melebihi RM 5 trilion menjelang 2024.

Sumber: Bloomberg

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.