Siakap Keli
Kredit Peter Byrne/PA ,Martin Meissner/AP

Menjelang “Game” Lawan City, Van Dijk Dedah ‘Rahsia’ Cara Nak Hentikan Haaland

Menjelang “Game” Lawan City, Van Dijk Dedah ‘Rahsia’ Cara Nak Hentikan Haaland

Virgil van Dijk yang dianggap antara pemain pertahan terbaik hari ini merupakan salah seorang pemain yang pernah berdepan dengan Erling Haaland dan berkemampuan untuk mengekangnya.

Pemain pertahan Liverpool itu pernah bertemu Haaland beberapa kali sebelum ini, antaranya dalam saingan UCL ketika penyerang paling berbisa EPL itu masih beraksi dengan RB Salsburg dan terbaharu adalah dalam perlawanan Piala Perisai Komuniti tahun ini.

Dalam kedua-dua perlawanan tersebut, pergerakkan Haaland agak terbatas ketika berdepan dengan kapten skuad kebangsaan Belanda itu.

Bagaimanapun, menjelang perlawanan Ahad ini, Liverpool dan Van Dijk perlu lebih berwaspada tatkala Haaland terus menganas mencetak gol demi gol buat Mancherster City. Malah, pemerhati bola sepak menganggap mesin gol skuad The Citizen itu hampir sahaja menjadikan EPL yang dianggap sebagai liga paling kompetitif di dunia setaraf dengan ‘liga pertanian’.

Justeru, dengan aksi longlai Liverpool di awal musim yang baharu sahaja mencatatkan dua kemenangan selepas lapan perlawanan, Van Dijk berharap kejayaan lalu ketika berdepan Haaland berjaya diulang semula. Malah, beliau turut mendedahkan cara yang difikirkan mampu mambatasi pergerakan Haaland di atas padang nanti.

“Ia pastinya tidak mudah. Haaland kini berada dalam keadaan penuh bersemangat dan membara. Anda tidak boleh berkata apa-apa tentang itu.

“Saya masih ingat lagi selepas Community Shield di mana ramai orang  seolah-olah meragui kemampuannya dan saya masih ingat ketika itu saya pernah berkata bahawa, ‘dia ini akan menjadi mimpi ngeri bagi banyak pemain pertahanan’

”Dia sudah membuktikannya sekarang. Sentiasa konsisten pada tahap tertinggi. Lebih-lebih beraksi untuk City, peluang untuk menjaringkan gol sentiasa terbentang luas,” katanya lagi.

Van Dijk kemudian mendedahkan bagaimana cara yang difikirkan berupaya membuatkan Haaland berdepan kesukaran untuk menjaringkan gol.

“Kami (pemain Liverpool) perlu cuba memastikan bola tidak singgah di kakinya. Memparmerkan kualiti bertahan tahap tertinggi dan beraksi dengan cukup baik. Itulah yang kami perlu lakukan apabila turun menentang City.

“Cara sama akan digunakan pada Ahad ini. Ia sesuatu yang kami nantikan, pertembungan itu bukan antara saya dan beliau, tetapi antara pasukan Liverpool menentang Man City. Apa yang kami mahukan adalah untuk menghalang mereka daripada menjaringkan gol,” tambah Van Dijk lagi.

Liverpool yang baru sahaja menumpaskan Rangers 7-1 dalam saingan UCL baru-baru ini berharap ia menjadi tonik terbaik untuk kembali bangkit dalam saingan liga.

Namun yang pastinya, ia bukan tugas yang mudah apabila turun berdepan dengan penyandang liga itu yang tidak pernah tewas setakat ini. Apatah lagi, pengendalinya, Pep Guardiola sebelum ini merehatkan ayam tambatannya itu ketika seri 0-0 menentang Copenhagen di UCL.

Menghuni tangga 11, sekiranya tewas Liverpool berpotensi terus terperosok di dasar liga manakala City boleh menerajui carta sekiranya mencatatkan kemenangan.

Sumber: Goal.com 

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.