Siakap Keli
Gambar: CNN

Nak Tarik Perhatian Dunia, Aktivis Alam Sekitar Ditahan Baling Sup Tomato Dekat Karya Van Gogh

Nak Tarik Perhatian Dunia, Aktivis Alam Sekitar Ditahan Baling Sup Tomato Dekat Karya Van Gogh

Dua orang aktivis alam sekitar bertindak melemparkan sup tomato ke atas lukisan agung Vincent van Gogh ‘Sunflower’ di Galeri Nasional London baru-baru ini.

Aktivis dari kumpulan Just Stop Oil itu membaling dua tin sup tomato Heinz ke arah lukisan ‘Sunflower’ yang dihasilkan pada 1888 bertujuan untuk membantah pengekstrakan bahan api fosil.

Memetik laporan Metro UK, rakaman video yang dimuat naik di Twitter itu menunjukkan mereka mendekatkan diri pada lukisan yang dianggarkan bernilai $84.2 juta sebelum bertindak untuk melemparkan sup tomato pada karya lukisan ikonik pelukis terkenal itu.

Gambar: MetroUK

Salah seorang penunjuk perasaan bernama Phoebe Pummer, 21, berkata,”Apa yang lebih bernilai? Seni atau kehidupan?”

“Adakah ia lebih bernilai berbanding makanan? Lebih bernilai daripada keadilan?Kamu lebih mengambil berat untuk melindungi sebuah lukisan atau melindungi alam sekitar dan kemanusiaan?.

“Krisis kos sara hidup yang tinggi adalah sebahagian daripada kesan krisis harga minyak”.

“Minyak tidak mampu dimiliki oleh berjuta-juta keluarga yang miskin dan kelaparan”, kata salah seorang daripada aktivis tersebut.

Polis Metropolitan London berjaya menahan dua orang penunjuk perasaan kerana disyaki melakukan kerosakan dan jenayah pencerobohan yang serius, lapor Metro UK.

“Kedua-dua aktivis telah ditangkap kerana menceroboh dan melakukan jenayah”, kata salah seorang anggota polis itu.

Gambar: MetroUK

Kumpulan Just Stop Oil ini merupakan sebuah kumpulan yang mahu kerajaan Britain menghentikan projek minyak dan gas baharu.

Tindakan kumpulan itu bagaimanapun menerima kecaman yang teruk daripada warganet kerana yang menganggap perbuatan tersebut sebagai vandalisme.

Lukisan Mona Lisa karya Leonardo da Vinci.

Pada Mei lalu, lukisan terkemuka di dunia, ‘Mona Lisa’ karya Leonardo da Vinci dibaling pai kastard ke figura lukisan itu di Muzium Louvre, Paris.

Namun demikian, karya tersebut tidak mengalami kerosakan kerana disimpan dalam bingkai kalis peluru yang tebal, lapor AFP.

Pelakunya yang berumur 36 tahun berkata dia mensasarkan kepada pelukis yang tidak mengambil berat terhadap Bumi.

Di samping itu, karya agung ‘Mona Lisa’ itu juga dikatakan sudah berkali-kali cuba untuk diserang sebelum ini.

Pada tahun 2009 pula, seorang wanita telah membaling cawan teh yang kosong pada lukisan itu dan menyebabkan sedikit kesan calar pada bingkainya.

Lukisan Mural Banksy

Seterusnya, lukisan mural oleh artis jalanan terkenal, Banksy telah diconteng di beberapa kawasan sekitar England.

Pada Ogos 2021, lukisan mural yang memaparkan seekor tikus sedang menghirup koktel di atas kerusi, sebahagian daripada koleksi “Great British Spraycation” beliau telah dicat dengan warna putih di Sufolk.

Setahun sebelum kejadian itu berlaku, karya Hari Valentine yang menunjukkan seorang gadis muda melastik bunga yang berada di sebuah bangunan telah dirosakkan di barat England, lapor AFP.

Sumber: Metro UK, AFP

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.