Beberapa kawasan di Perlis dilaporkan telah dinaiki air berikutan hujan yang berterusan sejak semalam.
Menerusi perkongsian Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis di Facebook, antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Sentua, Kampung Seriab dan Kampung Bakau.
Menurut APM Perlis, tinjauan dan bantuan telah pun dikerahkan ke kawasan-kawasan seperti Taman Kuala Perlis dan Kampung Sentua.
“APM Perlis juga turut memantau kawasan-kawasan hotspot banjir serta sungai-sungai yang berada pada tahap kuning di sekitar Perlis,” katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka berikutan pihak APM sedang giat membantu penduduk memindahkan barang-barang di kawasan terjejas.
Sehubungan itu, pihak APM Perlis memohon sekiranya orang ramai yang mempunyai info atau membuat aduan dan kecemasan boleh menghubungi di talian 04 977 7991 / 04 977 8991 (Mers APM Perlis/kecemasan) atau 04 976 0991 (Bilik gerakan Pengurusan Bencana APM Perlis).
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah sehingga esok.
Sementara itu, ‘banjir Perlis’ turut menjadi sohor kini di Facebook dengan orang ramai memuat naik video dan gambar yang memaparkan situasi di sana.
https://www.facebook.com/asnol.manap/posts/pfbid0UkMQm786bDj21zRiSuFgpHE6kPRWgmBUngZyecHgn8GkJTeH2KW37rcc5Mdfyro9l
https://www.facebook.com/cahaya.firdausfir.5/posts/pfbid02tDeyx8zfHT6kbUChbkwgwNyopDBQTEoyt5hrbUdTBydEYyce98mENBQA1gSxo3yEl
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02iBM6qWkMDfoHTjEjkuccJMDaUSEAVzdiUPA41gWBorWFY9WHHD7zFDdGeuMwma9Zl&id=100063499099579
Sumber: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis
BACA JUGA: Hujan Lebat Sejak Awal Pagi, Beberapa Kawasan Di Pulau Pinang Dilanda Banjir Kilat