Baru-baru ini tular dakwaan seorang warga pendidik, Cikgu Mohd Fadli Saleh yang didakwa berdepan tindakan tataterib kerana mengutarakan isu berkaitan silibus aras tinggi bagi subjek matematik dan beg murid berat.
Susulan itu, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Pkharuddin Ghazali mengatakan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum perkara yang dibangkitkan dan tular di laman media sosial tersebut.
“Untuk makluman surat yang dihantar kepada cikgu tersebut bukanlah satu surat yang membawa maksud bahawa hukuman telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib.
“Sebaliknya surat tersebut bertujuan memaklumkan cikgu berkenaan mengenai dakwaan yang telah diterima oleh pihak berkuasa tatatertib serta keperluan untuk Cikgu Fadli mengemukakan representasi atau penjelasan bertulis.
“Sehubungan dengan itu, pihak Lembaga Tatatertib telah pun menerima surat representasi daripada Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh pada 14 Oktober 2022 dan Lembaga Tataterbit dijadualkan bersidang pada hari Isnin, 17 Oktober 2022,” tambahnya.
Malah menurut beliau, Prosiding Tatatertib itu dibuat di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) dan digunakan oleh semua penjawat awam yang sedang berkhidmat.
“Saya berharap dengan penjeasan ini dapatlah memberi kefahaman kepada semua pihak. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama,” katanya lagi.
Pkharuddin berkata demikian dalam satu kenyataan menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi KPM petang tadi.
BACA JUGA: Radzi Sedia Jumpa Cikgu Mohd Fadli
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia | Facebook