Siakap Keli
lelaki sangka terserempak dengan makhluk gergasi
Gambar: Facebook mericalynn503 Via New York Post

Lelaki Sangka Terserempak Dengan Makhluk Gergasi Misteri, Rupanya Bangkai Ikan Paus

Lelaki Sangka Terserempak Dengan Makhluk Gergasi Misteri, Rupanya Bangkai Ikan Paus

Seekor mahluk laut misteri bersaiz gergasi dilaporkan terdampar di pantai di Oregen, lapor New York Post semalam.

Keberadaan makhluk itu hanya disedari oleh seorang penduduk tempatan selepas terserempak dengan makhluk aneh tersebut sewaktu memandu sepanjang pantai berkenaan pada Rabu lalu.

Menurut lelaki tersebut, mahkluk itu seperti seekor raksasa berikutan dipenuhi dengan rambut putih yang panjang dan berbau seperti bangkai.

“Ia tidak kelihatan seperti apa yang pernah saya lihat. Ia seperti bertali dan hampir kelihatan seperti seekor sotong besar atau sesuatu,” jelasnya kepada KOIN 6 News

Disangka Mahluk Misteri Berambut, Rupanya Bangkai Haiwan Ini
Gambar: Facebook mericalynn503

Dia turut memanggil teman wanitanya untuk melihat mahkluk tersebut namun kedua-duanya buntu.

Dia kemudiannya memuat naik video di Facebook untuk bertanyakan kepada sesiapa jika mengetahui apakah makhluk tersebut.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai yang menyifatkan dan memberi teori bahawa mahkluk itu sebagai ‘globster’, yang merupakan nama haiwan marin yang tidak dapat dikenal pasti terdampar di pantai.

Bagaimanapun, Pengurus Program Pusat Sains Marin Hatfield Universiti Negeri Oregon, Jim Rice berkata bahawa mahluk itu kelihatan seperti bangkai seekor ikan paus.

“Apa yang dapat dilihat seperti rambut ialah sisa penguraian tisu badan seperti otot, saraf, tendon dan lain-lain. Saya beranggapan bahawa ia telah mati selama beberapa bulan,” katanya.

Sumber: New York Post

BACA JUGA: Tular, Tiga Ekor Ikan Paus Besar Ditemui Di Perairan Langkawi

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.