Siakap Keli
Ronaldo Dedah Alami Kemurungan
Gambar: Football Icons & BERTRAND GUAY/AFP via Getty Images

Ronaldo Dedah Alami Kemurungan, Kesal Abai Kesihatan Mental Ketika Bergelar Pemain Bola Sepak

Ronaldo Dedah Alami Kemurungan, Kesal Abai Kesihatan Mental Ketika Bergelar Pemain Bola Sepak

Bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldo Luis Nazario de Lima atau lebih dikenali sebagai Ronaldo (R9) mendedahkan bahawa dia kini sedang menjalani terapi selepas menghidap kemurungan.

Memetik laporan South China Morning Post, dia menyatakan sedang meratapi masalah kesihatan mental itu selepas mengabaikannya sewaktu bermain bola suatu ketika dahulu.

Dalam sebuah dokumentari terbaharu DAZN, Ronaldo membincangkan isu berkaitan kesihatan mental dalam bola sepak bersama bekas rakan sepasukannya di Real Madrid dan Brazil, Roberto Carlos.

Ketika disoal lebih lanjut dalam temu bual tersebut oleh Marca, dia menyatakan bahawa dirinya mengalami masalah kemurungan.

“Sehingga kini, saya masih menjalani terapi selama dua tahun setengah dan saya lebih memahami diri saya dengan lebih baik dari sebelum ini.

“Saya dari generasi di mana anda perlu melakukan yang terbaik di atas padang tanpa sedikit pun drama. Saya melihat kembali, bahawa kami terdedah kepada tekanan mental yang sangat kuat tanpa sebarang persediaan,” katanya dalam temu bual itu.

Ronaldo "The Phenomenon" Dedah Sedang Bertarung Penyakit Kemurungan
Gambar: Football Icons

Tambah Ronaldo, tiada kebimbangan mengenai kesihatan mental pemain pada ketika permulaan era internet walaupun penyebaran maklumat berlaku dengan sangat pantas.

“Hari ini, pemain lebih bersedia, mereka diberi rawatan perubatan yang diperlukan untuk menghadapi hari demi hari. Pemain juga dikawal rapi seperti profil setiap pemain, tindak balas mereka, dan bagaimana mereka harus memberi respon.

“Malangnya, pada zaman saya tiada perkara seperti itu. Kita sudah mengetahui bahawa bola sepak boleh memberikan banyak tekanan hingga memberikan kesan sepanjang hayat.” jelas lagenda Brazil itu lagi.

Maklum Ronaldo, perkara itu sama sekali tidak diendahkan dalam kalangan generasinya hingga ramai melalui fasa yang dahsyat malah kemurungan akibat kekurangan privasi dan kebebasan.

Bekas bintang kelab bola sepak PSV, Barcelona, ​​Inter dan Real Madrid itu menjadi pemain terbaik sewaktu eranya atau digelar The Phenomenon dengan membawa pasukan Brazil memenangi Piala Dunia buat kali ke-5 pada tahun 2002 termasuk memenangi anugerah Golden Boot dan Silver Ball.

Bukan sahaja membawa nama Brazil ke persada dunia, dia juga dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or pada tahun yang sama sebelum mengumumkan persaraannya pada 14 Februari 2011.

Sumber: South China Morning Post

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.