Sebanyak 16 khemah disita oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dalam Operasi (Ops) Penguatkuasaan Penyewaan Khemah di pantai Port Dickson dan pantai Cermin, Negeri Sembilan pada Isnin lalu.
Menerusi laman Facebook MPPD, pihaknya dengan kerjasama Ibu Pejabat Daerah (IPD) Port Dickson telah melaksanakan Ops itu bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.
Hasil operasi tersebut, MPPD telah membuat rampasan berserta dua khemah camping di kedua-dua pantai.
MPPD mengambil tindakan selepas orang ramai membuat rungutan di media sosial berikutan isu peniaga monopoli khemah sehingga pelancong yang datang tidak dapat mendirikan khemah sendiri.
Difahamkan, pelancong tidak mempunyai pilihan lain selain menyewa khemas tersebut ekoran ianya didirikan secara kekal di tempat itu.
Tindakan itu mendapat respons positif daripada orang ramai kerana ianya mengganggu ketenteraman orang awam.
“Harapnya selepas ni lebih kerap la berlaku pemantauan, pelik juga lama berlaku sampai orang jauh macam saya nak pacak khemah pun tiada tempat,” kata salah seorang yang memberi komen.
“Syabas, terbaik, tahniah. Pergi PD asyik nampak view khemah sahaja. Bawak khemah sendiri pun tak boleh nak pacak,” ujar warganet.
Sebagai makluman, MPPD berkata operasi penguatkuasaan akan dilakukan secara kerap dan berterusan.
“Operasi penguatkuasaan sebegini sememangnya kerap dilakukan oleh Pihak Majlis dan akan sentiasa berterusan,” katanya di Facebook.
https://www.facebook.com/mpportdickson/posts/pfbid0mgFypMPNCjbYk8x8rznKqzmjS8ZTUiGpvaxDHqYmyHGemLao1CubAZbzjSHtZC3Cl
Sumber: Facebook / Majlis Perbandaran Port Dickson