Siakap Keli
koleksi pokémon dijual memcecah RM1.5 Juta
Gambar: Lelongan Hansons via BBC

Kumpul Selama 25 Tahun, Wanita Lelong Koleksi Pokémon RM1.5 Juta

Seorang wanita bergelar ‘collector’ di London akan menjual semula kesemua koleksi Pokémon yang dikumpulnya sejak 25 tahun lalu secara lelongan dengan harga pecah rekod dunia, lapor BBC.

Menurut BBC, sebuah firma yang terletak di Etwall, Derbyshire berkata koleksi itu dipercayai akan terjual dengan harga mencecah RM1.5 Juta.

Difahamkan lebih 20,000 Pokémon yang ditetapkan dalam lelongan di satu lot yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini.

Gambar: Lelongan Hansons via BBC

Koleksi itu terdiri daripada kad dagangan, permainan video, manga, filem, poster, mainan, figura aksi, buku dan juga kertas tandas.

Wanita itu berkata koleksi tersebut telah dibeli di pelbagai negara seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (US), Perancis dan juga negara Asia iaitu Jepun.

Selepas mengumpul lebih dua dekad, wanita itu berkata dia akhirnya memutuskan untuk menjual semula koleksi itu disebabkan masalah kewangan yang dihadapi.

Walau bagaimanapun, dia akan menyimpan beberapa barangan yang memberi nilai sentimental kepadanya.

Gambar: Lelongan Hansons via BBC

Ketua Jabatan Mainan Hansons, David Wilson Turner berkata dia berasa teruja dan gembira koleksi itu diletakkan untuk lelongan.

“Ini adalah peluang hebat sekali dalam seumur hidup untuk memiliki koleksi memorabilia Pokémon terbesar yang pernah datang ke tempat lelongan ini.

“Koleksi tersebut telah disimpan ditempatkan di tempat yang selamat,” katanya memetik BBC. 

Dalam pada itu, Wilson turut menerangkan mengenai nilai Pokémon dan harganya jika dijual pada waktu sekarang.

“Nilai Pokémon telah melonjak naik dalam pasaran pengumpul selama enam tahun.

“Golongan muda yang kaya dalam linkungan 20-an dan 30-an yang meminati Pokémon pada zaman dahulu sedang membeli dan pada waktu ini harganya telah meningkat,” tambahnya semasa menerangkan mengenai koleksi itu.

Ujarnya lagi, lelongan itu merupakan peluang untuk pengumpul Pokémon membeli dan menambah koleksi mereka masing-masing.

“Ini adalah peluang pelaburan yang hebat untuk pengumpul Pokémon yang kaya atau mana-mana pelabur,” kata Wilson lagi.

Sumber: BBC

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.