Siakap Keli
Terowong Genting Sempah Ditutup Sementara Waktu
Gambar: Astro Awani

Latihan Simulasi Bencana Akan Dijalankan, Terowong Genting Sempah Ditutup Sementara Waktu

Laluan terowong Genting Sempah (arah Timur) dimaklumkan bakal ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada latihan simulasi bencana pada 19 Oktober 2022 dan 20 Oktober bermula dari jam 11 malam hingga 4 pagi.

Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad dengan sokongan Lembaga Lebuhraya Malaysia bakal mengambil bahagian dalam simulasi tersebut bagi menguji tahap persediaan dan memperkukuhkan prosedur menghadapi bencana.

Simulasi ini bakal dikelola oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersempena Bulan Kesiapsiagaan Bencana.

Antara agensi-agensi yang terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang melibatkan seramai 400 petugas dari pelbagai agensi bagi menjayakan latihan simulasi itu.

Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) ANIH Berhad, Haji Imran Gulcharan Abdulllah berkata bahawa kolaborasi strategik antara pengurusan ANIH, pasukan kecemasan dan agensi tempatan serta pihak media bermatlamat untuk mengukuhkan hubungan libat urus dan kerjasama erat dalam memperkasa sewaktu menghadapi kecemasan.

“Antara perkara yang menjadi tumpuan termasuk kerja-kerja menyelamat, pengalihan, pengurusan trafik, pembersihan dan komunikasi kepada orang ramai,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, pihak ANIH Berhad akan mengaktifkan laluan “contra flow” di lokasi berkenaan bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang simulasi tersebut dijalankan.

“ANIH Berhad ingin menasihati pengguna untuk merancang perjalanan sepanjang tempoh latihan simulasi demi keselamatan, keselesaan dan informasi tepat serta terkini,” kata Imran dalam kenyataan tersebut hari ini.

Sumber: Bernama TV, LPTTrafik

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.