Siakap Keli
Lelaki Tenang Tiup Saksofon Selama 9 Jam
Gambar: Paideia International Hospital

Lelaki Tenang Tiup Saksofon Sepanjang 9 Jam Pembedahan Buang Tumor Otak

Lelaki Tenang Tiup Saksofon Sepanjang 9 Jam Pembedahan Buang Tumor Otak

Seorang lelaki dilaporkan menjalani pembedahan otak sambil bermain saksofon sepanjang sembilan jam operasi tersebut di Itali, lapor New York Post.

Ketua Pasukan Pembedahan Pakar Bedah di Hospital Antarabangsa Paideia di Rom, Dr Christian Brogna menjelaskan bahawa lelaki terbabit yang berusia 35 tahun terpaksa menjalani pembedahan berkenaan bagi membuang tumor otak.

Bagaimanapun, difahamkan pembedahan itu perlu dilakukan dalam keadaan sedar supaya doktor dapat memastikan fungsi sarafnya tidak terjejas, maklum pihak hospital tersebut dalam satu kenyataan.

“Otak setiap orang adalah unik. Pembedahan dalam keadaan terjaga berkemungkinan bertujuan untuk memetakan ketepatan fungsi otak sepanjang pembedahan yang menjadi dasar pelbagai fungsi otak seperti bermain, bercakap, bergerak, mengingat dan mengira,” katanya.

Lelaki Tenang Tiup Saksofon Selama 9 Jam
Gambar: Paideia International Hospital

Tambah Christian, lelaki terbabit menjelaskan kepada pakar bedah bahawa dia mahir dalam bermain alat muzik (saksofon) sebelum membenarkannya bermain sewaktu pembedahan.

Dalam proses pembedahan tersebut, lebih daripada 10 pakar perubatan terlibat.

Menerusi hasil bantuan teknologi canggih terutamanya pengesan khusus, mereka dapat membezakan antara sel-sel kanser daripada tisu yang sihat.

Sehubungan itu, pasukan tersebut dapat menyaksikan fungsi otak yang digunakan untuk bermain alat muzik berkenaan.

Lelaki itu memaklumkan kepada pihak hospital bahawa dia tidak berasa takut malah sangat tenang sepanjang sembilan jam pembedahan itu dijalankan.

Menurut laporan CBS, individu tersebut dilaporkan kembali menjalani kehidupan seperti biasa selepas pembedahan

Sumber: New York Post

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.