Siakap Keli
lelaki arab bahasa jawa
Gambar: tangkap layar Instagram

Lelaki Arab Jual Minyak Wangi Di Jeddah Fasih Guna Bahasa Jawa

Seorang peniaga lelaki di Jeddah, Arab Saudi menarik perhatian ramai apabila dia menjual minyak wangi dengan bertutur dalam bahasa Jawa Indonesia dengan lancar, lapor Tribun News.

Malah menariknya, peniaga berbangsa Arab dari Yaman itu mengakui bahawa dia dapat bertutur dengan fasih adalah kerana hasil usahanya mempelajari bahasa itu sendiri.

Seorang individu pemilik akaun Instagram @fani_yuliangga berkata semasa hendak solat, penjual itu datang menghampirinya sambil mengeluarkan minyak wangi.

Tidak disangka, penjual Arab itu menjual minyak wangi dengan menggunakan bahasa Jawa Indonesia sehingga mereka berasa terpegun.

Ketika dia bertanya mengenai barang yang dijual, lelaki itu dengan yakinnya menjawab kembali menggunakan bahasa berkenaan dan dia dilihat fasih dalam loghat tersebut ketika bertutur.

“Apabila hendak solat Jumaat di masjid yang berhadapan dengan pusat membeli-belah, ramai peniaga berpusu-pusu.

“Semoga boleh berbahasa Indonesia tetapi hanya perkara asas seperti harga dan menyebutkan nombor,” katanya kepada Tribun News.

Jelasnya, yang membuatkan lelaki itu menyerlah adalah kerana dia boleh bercakap dalam bahasa Jawa.

“Tetapi berbeza dengan peniaga minyak wangi ini, dia boleh berbahasa Jawa. Kalau kita berbahasa jawa pun dia turut menggunakan loghat bahasa itu dengan petah,” kata Fani.

Pada awalnya dia meneka bahawa lelaki itu mempunyai isteri orang Jawa namun tekaannya meleset setelah lelaki tersebut menjawab dia boleh bertutur fasih disebabkan belajar sendiri.

Kata peniaga itu, dia mengambil keputusan untuk menggunakan bahasa Jawa dalam perniagaannya adalah kerana ingin menarik perhatian para pengunjung yang berasal dari Jawa.

“Jadi bila saya tanya kenapa dia boleh berbahasa Jawa, dia cakap dia belajar sikit-sikit. Saya sangka dia ada isteri orang Jawa.

“Tapi dia beritahu isterinya orang Yaman, dan dia turut berasal dari Yaman, tetapi saya belajar sedikit bahasa Jawa kerana ramai pengunjung di sini menggunakan bahasa Jawa biar menarik,” ujarnya.

Sumber: Instagram @fani_yuliangga via Tribun News

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.