Qatar Sah Dipilih Sebagai Tuan Rumah Piala Asia 2023
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) secara sah mengumumkan bahawa Qatar menjadi tuan rumah bagi Piala Asia 2023, lapor AFP.
Menerusi satu kenyataan rasmi Jawatankuasa Eksekutif AFC yang berpangkalan di Malaysia mengesahkan perkara itu bahawa Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) dipilih menjadi tuan rumah.
Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa berkata bahawa Qatar bersedia mengadakan acara itu dalam tempoh masa yang terdekat. Tambahan pula, negara berkenaan turut menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia yang bakal bermula pada bulan depan.
Beliau turut memuji infrastruktur sedia ada yang bertaraf dunia Qatar tiada tandingan.
“Keupayaan dan rekod prestasi Qatar dalam menganjurkan acara sukan antarabangsa sangat terperinci dan dikagumi oleh seluruh dunia.
“Saya juga memuji AFC kerana mempamerkan profesionalisme yang terbaik dalam mengendalikan persembahan dan proses bidaan dipercepatkan dengan telus. Saya berterima kasih kepada semua rakan kongsi komersial kami dan penaja atas kesabaran mereka,” katanya.
Tambahan lagi, pihak Qatar turut bersetuju untuk mengadakan kejohanan berprestij itu yang dijadualkan berlangsung pada 16 Jun hingga 16 Julai pada tahun hadapan selepas menggantikan China yang menarik diri pada awal tahun ini akibat Covid.
Qatar yang merupakan juara bertahan telah memenangi piala pada edisi 2019 yang dikendalikan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE). Piala Asia diadakan pada setiap empat tahun.
Untuk makluman, Qatar pernah menjadi tuan rumah sebanyak dua kali pada edisi ke 1988 dan 2011.
Terdahulu, China telah diberikan tugas untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut namun menarik diri pada Mei lalu atas dasar “SifarCovid” yang menyebabkan pihak AFC bergelut untuk mencari hos baharu.
Korea Selatan dan Indonesia merupakan dua negara yang bersaing untuk mendapatkan tempat sebagai tuan rumah namun selepas insiden bola sepak yang berlaku pada awal bulan lalu telah menimbulkan keraguan pakar tentang kredibiliti negera tersebut untuk menjadi tuan rumah bagi acara antarabangsa.
Sumber: AFP