Ke Bentong Tetapi Tak Tahu Nak Makan Mana, Ini 15 Restoran “Best” Wajib Anda Singgah
Pahang merupakan salah satu pusat tarikan pelancong terbaik dan terkenal bukan sahaja dalam kalangan pelancong tempatan malah turut dikunjungi pelawat-pelawat dari luar negara. Antara lokasi yang sering menjadi tumpuan sudah tentulah Genting Highland dan Cameron Highland.
Selain lokasi yang mempunyai tempat yang mempunyai udara yang sejuk Pahang juga mempunyai tempat makan yang menawarkan pelbagai jenis makanan yang sedap dan menarik.
Oleh itu, mari kami kongsikan 15 tempat makan yang terbaik di Bentong Pahang yang dikongsi oleh pengguna twitter Travel Jimat:
1# Lemang Toki

Kedai Lemang Toki adalah tempat yang amat sinonim dalam kalangan penunggang motosikal. Boleh dikatakan, lemang Toki adalah antara restoran yang menjual lemang yang terbaik di Malaysia. Kalau anda tidak ingin bersesak di restoran pertama mereka, anda boleh singgah ke cawangan kedua restoran ini melalui jalan masuk Bentong Timur.
2# Ikan Bakar Sri Tanjung

Semestinya restoran ini adalah salah satu tumpuan penduduk Bentong sendiri untuk makan malam kerana ikan bakarnya yang memang sedap. Kalau datang ke Bentong jangan lepaskan peluang untuk makan malam disini okay.
3#Wong Kham Chinese Food Restoren

Jika anda terasa ingin makan masakan Cina, anda wajib singgah di restoren ini untuk merasai beberapa menu yang menjadi bualan di kalangan penduduk tempatan. Malahan ikan-ikan di restoran tersebut semua segar-segar.
4# Dy & Co Studio Cafe

Kedudukan cafe ini di tingkat 1 tapi ia sangat unik dengan masakan western yang lain daripada yang lain. Terdapat menu mewah seperti lobster dan tomyam kung yang sangat sesuai jika anda ingin berkumpul dan makan bersama-sama keluarga. Reka bentuk cafe ini sesuai untuk dijadikan latar belakang selfie sebelum dimuat naik ke media sosial masing-masing.
5# Mak Aya

Kedai Mak Aya terkenal dengan laksa, mee kari, ais kacang dan lai chi kang. Menurut perkongsian akaun tersebut perniagaan ini diusahakan oleh pasangan muda suami isteri yang mempunyai air tangan seperti orang lama. Jadi anda yang singgah Bentong wajib untuk mencuba makanan di Kedai Mak Aya.
6# Warisan Saidina

Seterusnya kepada sesiapa yang menyukai nasi campur, Warisan Saidina adalah tempatnya. Restoran ini menyediakan lauk pauk yang memenuhi selera penduduk tempatan mahupun pengunjung luar. Antara lauk yang paling sedap adalah ayam percik yang patut anda cuba ketika berkunjung ke restoran Warisan Saidina.
7# Ina Patin

Hidangan yang sinonim dengan masyarakat Pahang semestinya ikan patin tempoyak. Meskipun nama restoran ini Ina Patin, ia turut menyediakan makanan lain seperti Nasi Arab.
8# Cucuk Cucuk Batu 1

Jika anda suka makan santai-santai di malam hari, anda boleh berkunjung ke warung Cucuk Cucuk Batu 1. Kelazatan kuah yong tau foo yang mengenakkan dan anda juga boleh mencuba yong tau foo jenis sup.
9# Waroeng G’Jon

Waroeng G’Jon sesuai untuk anda yang datang beramai-ramai kerana ia mempunyai 10 jenis makanan dan antara makanan yang menjadi pilihan terbaik adalah nasi lemak. Terdapat beberapa menu lain seperti mee sup, mee udang, western dan char koew teow. Jadi anda bebas untuk mencuba pelbagai jenis makanan di kedai Waroeng G’jon.
10# Bentown Kitchen Kg. Baru

Kepada anda yang ingin makanan ala-ala Korea di Bentong mempunyai satu restoren yang dipanggil Bentown Kitchen Kg. Baru yang menyediakan pelbagai makanan Korea. Restoran ini juga menghidangkan fusion food, bingsu, ayam korean spicy bersama ramen dan pelbagai jenis menu tambahan yang lain.
11#Nasi Lemak Sungai Marong @/Warung Acu Kadri

Salah satu port nasi lemak yang sering menjadi tumpuan penduduk tempatan ialah Nasi Lemak Sungai Marong. Kedai ini mulai dipenuhi pelanggan bermula pukul 8 malam kerana nasi lema acu kadri yang amat di minati oleh penduduk itu sendiri. Bak kata mereka sepinggan tak cukup.
12#Tawakal Cafe & Restaurant

Kepada yang ingin mencari tempat makanan untuk meraikan hari-hari istimewa, Tawakal Cafe & Restaurant adalah salah satu tempat makanan yang menjadi pilihan penduduk tempatan. Antara menu yang disyorkan oleh penduduk disitu ialah western dan sizzling. Tetapi jika anda ingin berkunjung ke restoran tersebut anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu.
13# Burger Leleh Bentong @ Viral Food Bentong

Jika anda berkunjung ke Bentong dan berkelah di air Terjun Chamang anda tidak perlu untuk membawa apa-apa bekal kerana anda boleh singgah di Kedai Burger Leleh Bentong yang mempunyai pelbagai makanan viral.
14# Nasi Lemak Bentong @ Omar

Nampak biasa tapi rasanya yang sedap yang pasti buat anda akan datang kembali ke Bentong semata mata ingin tapau nasi lemak berhantu ini. Gerai ini hanya di buka tengahari sampai nasi habis terjual dan biasanya hanya beberapa jam sahaja.
15# Restoren Cinta Rasa Airena

Kepada peminat ikan sungai, restoran ini sangat sesuai dengan anda. Sesuai dengan nama Cinta Rasa, restoran ini menyajikan hidangan ikan sungai yang segar. Pelbagai menu lazat antaranya ikan kerai,patin, udang galah dan ikan baung. Bagi anda yang ingin meneruskan perjalanan menuju ke Kelantan melalui jalan Raub, restoran ini boleh menjadi tempat untuk persinggahan di waktu tengahari.
Jadi dah tahu apa lagi jom pergi ke pahang untuk mencuba pelbagai jenis makanan yang terdapat di negeri mereka. Selamat mencuba.
BACA: NKVE- Trafik Masih Sesak Dari Setia Alam Hingga Subang, Kemalangan Di KM 10.4
Sumber: Travel Jimat via Twitter