Siakap Keli
ebit lew ziarah keluarga nazihah
Gambar: FB Ebit Lew

“Mereka Terpilih Oleh Allah…” Ebit Lew Ziarah Keluarga Nazihah, Doa Supaya Urusan Dipermudah

Setiap hari pasti ada perkara berlaku dalam hidup manusia sama ada berbentuk kesenangan ataupun kesusahan, malah perkara yang menimpa pastinya memberikan pengajaran supaya kita tidak lupa bahawa apa yang ada dalam dunia ini tidak akan kekal dan bukan milik kita. 

Itulah lumrah seorang hamba Allah apabila hidup di muka bumi ini, tidak semuanya indah belaka pasti ada terselit sedikit rasa pahit dalam hidup untuk memastikan kehidupan ini seimbang dan sekiranya hanya merasa kegembiraan sahaja, itu tidak dipanggil ‘hidup’.

Namun setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya, sesungguhnya ujian yang didatangkan adalah untuk menguji sejauh mana kekuatan iman dan kesabaran kita.

Seperti yang difirman oleh Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 155:

“Dan sesungguhnya Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan harta benda dan jiwa dan buah-buahan kerana kami hendak melihat sama ada kamu sabar atau tidak atas ujian itu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Sudah jelas, perkara mengenai ujian hidup ini sudah termaktub dalam kitab al-Quran dan Allah juga menjanjikan setiap kesusahan pasti ada pelangi di hujung jalan.

Ujian yang dihadapi merupakan satu fitrah dalam kehidupan kerana dengan ujianlah menjadikan diri kita lebih dewasa, tabah, sabar dan mengenal kekuasaan Allah. Setiap ketentuan dari-Nya pastinya yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Perkara ini juga menggambarkan situasi yang dialami oleh Redzuan Jamil yang merupakan mangsa kemalangan ngeri melibatkan dua lori dan tiga kereta di Lebuh Raya Utara Selatan pada malam Sabtu baru-baru ini.

Seperti yang diketahui umum, kemalangan itu telah meragut nyawa isterinya yang terperangkap dalam kereta Proton Wira yang terbakar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Amat sukar untuk dibayangkan apatah lagi merasainya, Redzuan menghadapi ujian yang berat iaitu kehilangan orang yang sangat dicintai, namun menurut pendakwah Ebit Lew, ujian yang besar itu hanyalah untuk insan-insan yang terpilih.

Tiada siapa akan terlepas dari ujian Allah, baik yang kaya atau miskin pasti akan diberi ujian hidup.

Susulan kejadian itu, Ebit Lew yang terkenal dengan sifat suka memberi bantuan terus mengambil tindakan menziarahi keluarga mangsa untuk berkongsi cerita mengenai arwah isteri Redzuan.

Gambar: FB Ebit Lew

Dalam coretan Facebook Ebit Lew, beliau berasa sebak dengan ujian yang dialami oleh Redzuan dan berkata pasangan itu diuji kerana mereka merupakan insan yang terpilih serta disayangi oleh Allah. Berikut merupakan coretan Ebit Lew:

Sebak rasa ziarah suami, ibu bapa dan adik beradik arwah Nurul Nazihah yang kemalangan kereta terbakar baru ini. Arwah dan keluarga baru seminggu balik dari umrah dan menziarahi Nabi Muhammad saw. Indahnya perjalanan akhirnya. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ya Allah ampunilah arwah dan hadiahkan syurga Firdaus buat Nurul Nazihah.

Gambar: FB Ebit Lew

Kata mereka walau kereta terbakar tetapi jenazah sempurna. Dengar amalan baik arwah. Dari remaja sehingga kahwin paling jaga solat dan suka berkongsi nasihat agama dengan keluarga. Menangis mendengar kisah baik arwah ini.

Gambar: FB Ebit Lew

Sampai tadi mereka menangis gembira terharu diziarah. Berkongsi mereka terpilih oleh Allah kerana sayang Allah pada mereka. Sayu lihat wajah suami, mak ayah dan adik beradik arwah. Baik-baik semuanya. Semoga terus kuat dan tabah ya. InsyaAllah jumpa semula di sana nanti dalam syurga. Amin.

https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/posts/pfbid0sUr7fcxUKLGr5yvyXw8iF8FQgJF1eFSYeHi9gZbHbanU9DRVdNSsKnLAs3gh5MGHl

Sumber: Facebook / Ebit Lew

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.