Siakap Keli
"Elakkan Simpan Bersama", Sembilan Jenis Pasangan Makanan Yang Mudah Rosak

Mudah Rosak, Elakkan Simpan Sembilan Jenis Sayur Ini Bersama

Semua jenis makanan, termasuk sayur-sayuran perlu disimpan dengan cara yang betul bagi memastikan ia kekal lama. Makanan-makanan ini, jika cara penuimpanannya tidak kena, berisiko mudah cepat rosak sekaligus boleh menyebabkan kerugian, pembaziran dan mendatangkan mudarat jika dimakan.

Namun begitu, bukan semua mengetahui cara penyimpanan beberapa produk makanan dengan betul. Tahukah anda, terdapat beberapa produk makanan yang boleh disimpan dengan makanan-makanan lain dan ada juga beberapa produk makanan yang tidak boleh disimpan bersama dan akan rosak lebih cepat.

Beberapa makanan akan mengeluarkan etilena, iaitu gas yang membuat makanan cepat masak dan hasil yang lebih awal. Terdapat juga produk yang sensitif terhadap gas dan boleh menjadi lebih cepat rosak jika terdedah. Itulah sebab kenapa sesetengah makanan tidak boleh diletak di tempat simpanan yang sama.

Jadi, kali ini kami ingin berkongsi sembilan jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak boleh disimpan bersama. Perkongsian tips ini diambil daripada laman sesawang Bright Side.

1. Epal dan lobak merah

Epal menghasilkan banyak etilena. Justeru, ia adalah alasan utama kenapa epal tidak boleh disimpan bersama makanan yang lain dalam satu bekas.  Jangan letak epal di sebelah lobak merah kerana lobak merah akan mendapat rasa pahit selepas 2 minggu.

2. Timun dan tomato

Timun sangat sensitif terhadap etilena. Walaupun timun dan tomato adalah pasangan yang sempurna dalam salad namun ia tidak boleh di simpan bersama kerana timun akan menguning lebih awal. Oleh itu, timun perlu di simpan secara berasingan.

3. Bawang dan kentang

Bawang menyerap lembapan dengan cepat, kerana itulah bawang perlu disimpan di tempat yang kering. Manakala kentang pula adalah sayuran yang mengeluarkan terlalu banyak kelembapan, jadi kedua-dua bahan ini tidak boleh disimpan bersama. Jika tidak, lama-kelamaan, kentang akan tumbuh akar dari mata dan bawang menghasilkan pucuk hijau.

4. Pisang dan avocado

Penyimpanan pisang dan avocado bergantung pada tujuan anda. Jika avocado anda telah masak, jauhkan daripada pisang. Tetapi jika anda mahu avocado masak lebih cepat, anda boleh meletakkan avocado yang belum masak ke dalam beg kertas dan menyimpannya bersama dengan pisang.

5. Pisang dan buah pic

Buah pic harus dielakkan di simpan bersama dengan pisang kerana etilena yang dikeluarkan oleh pisang akan menyebabkan buah pic masak lebih cepat. Jika pisang yang disimpan telah lama masak maka akan banyak gas yang dikeluarkan.

6. Terung dan tembikai

Tembikai boleh membuatkan terung rosak lebih cepat rosak. Jadi pastikan anda tidak menyimpannya bersama-sama dengan tembikai. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menyimpan terung di dalam peti sejuk, lebih baik untuk menjauhkannya daripada pelbagai buah.

7. Anggur dan mangga

Anggur sangat “rapuh dan halus” dalam hal penyimpanannya. Oleh kerana itu ia tidak boleh disimpan bersama buah-buahan atau sayur-sayuran yang lain. Mangga mengeluarkan terlalu banyak gas etilena dan proses masak dan reput berlaku lebih cepat. Selain itu, sayur-sayuran yang berbau kuat akan membuat anggur menjadi buruk kerana anggur menyerap bau dengan mudah.

8. Beri biru dan strawberi

Beri biru adalah klimakterik (mengeluarkan etilena), dan strawberi adalah bukan klimakterik. Jika anda menyimpannya bersama-sama, strawberi mungkin menjadi terlalu masak dan rosak lebih awal daripada yang sepatutnya. Tidak mengapa untuk menyimpan strawberi yang belum masak dengan beri biru bersama-sama, namun, jika kedua-dua jenis beri terlalu masak, makanlah dalam masa beberapa hari.

9. Nektarin dan kubis

Nektarin menghasilkan banyak etilena, jadi jika anda menyimpannya bersama-sama, kubis akan rosak dengan cepat. Adalah lebih baik untuk menyimpan kubis dalam beg plastik di dalam peti sejuk sehingga 2 minggu, manakala nektarin boleh disimpan dalam mangkuk atau beg plastik.

Semoga ilmu yang telah dikongsi oleh kami dapat memberi manfaat kepada anda untuk menyimpan 9 jenis produk makanan ini dengan betul dan mendapatkan pemakanan yang lebih sihat untuk tubuh badan kita. Selamat mencuba.

Sumber: Bright Side

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.