Siakap Keli
Lima Kenderaan Terbabas
Gambar via Astro Awani

Peniaga & Pelanggan Cedera, Lima Kenderaan Terbabas Rempuh Kedai Buah

Lima kenderaan dipercayai terbabas hingga merempuh sebuah gerai buah menyebabkan kecederaan kepada seorang peniaga dan seorang pelanggan di Jalan Besar Ayer Tawar pada Isnin.

Menurut laporan, penjual yang berusia 42 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian  lengan kanan dan juga kaki kanan. Manakala, pelanggan yang berusia 54 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan badan.

Gambar via Astro Awani

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka telah menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada jam 1.59 petang.

“Kemalangan melibatkan lima buah kenderaan yang merempuh sebuah gerai buah-buahan dan terdapat dua orang mangsa. Kedua-dua mangsa tidak tersepit,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Astro Awani.

Dalam pada itu, operasi tersebut yang diketuai olej Pegawai Bomba Kanan II Sukardi Mohamed itu tamat pada pukul 2.30 petang.

Gambar via Astro Awani

Disamping itu, pihak polis memohon kepada orang awam untuk memberikan kerjasama jika mereka mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi Berkata, kepada mereka yang mempunyai maklumat berkaotan boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: Astro Awani

Faiz Mustafa