Seorang remaja warga Britain maut dihempap almari pakaian pada tengah malam selepas menyangka ia sebagai pintu tandas dalam kejadian di Hotel Adelphi, Liverpool di United Kingdom, lapor Metro UK.
Perkhidmatan keselamatan bergegas ke tempat kejadian selepas dilaporkan oleh rakan mangsa sebelum mangsa ditemui mati di dalam bilik hotelnya pada jam 6.30 pagi.
Menurut ibunya, almari pakaian itu jatuh dari dinding dan menghempap saluran tengkuk mangsa semasa kejadian susulan mangsa berada dalam keadaan tidak sedar disebabkan minum bersama kawan.
“Selepas pulang dari majlis pertunangan kawannya, mangsa pulang dengan keadaan yang tidak sedarkan diri,” katanya memetik Metro UK.
Ibu mangsa berkata kemungkinan mangsa telah bangun dari katil dengan keadaan keliru dan membuka pintu almari pakaian sambil menyangka ia ialah pintu tandas.
Tambahnya, kejadian ngeri itu disedari oleh rakannya selepas mereka pulang pada awal pagi hari kejadian.
Selain itu, beberapa penginap lelaki dilaporkan bergegas ke bilik mangsa dan mencuba untuk mengangkat almari berkenaan, namun tindakan itu sudah terlambat dan menyedari mangsa tidak dapat diselamatkan.
Difahamkan, pihak polis menkalsifikasikan kematian mangsa sebagai kemalangan kerana dihempap almari.
Pendiam dan cintakan haiwan
Dalam pada itu, ibu mangsa memberi penghormatan kepada mangsa dengan memaklumkan mengenai anaknya yang sangat cinta akan haiwan dan mempunyai seekor anak anjing.
“Dia suka haiwan, dia mempunyai seekor anjing kecil bernama Archie dan dia sangat taaksub kepada anak anjing itu. Mereka sering tangkap gambar bersama.
“Nama panggilan dia ialah Birdy. Dia sangat kecil dan terlihat seperti burung. Anak saya mempunyai perwatakan yang pendiam sekiranya memerlukan untuk bercakap baru dia membuka mulut,” kata ibu mangsa.
Sumber: Metro UK