Siakap Keli
Wanita Maut Selepas Tercekik Gigi Palsu Ketika Tidur

Wanita Dilapor Maut, Tertelan & Tercekik Gigi Palsu Dipakai Ketika Tidur

Wanita Maut Selepas Tercekik Gigi Palsu Ketika Tidur

Seorang wanita berusia 48 tahun dilapor meninggal dunia selepas tertelan dan tercekik gigi palsu ketika tidur, dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Brazil.

Menurut laporan, gigi palsu berkenaan terlekat pada bahagian tekaknya hingga menyebabkan mangsa sukar bernafas. Ia dipercayai menjadi punca kejadian maut tersebut.

Saksi yang juga ahli keluarga wanita itu berkata, mereka mendengar bunyi luar biasa datang daripada bilik mangsa sebelum bergegas untuk memeriksa dan mendapati mangsa tidak bernafas.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dan diberikan bantuan pernafasan namun tidak berjaya. Wanita itu disahkan meninggal dunia dengan saluran pernafasan tersumbat dinyatakan sebagai punca kematian.

Kejadian maut akibat tertelan dan tersedak gigi palsu merupakan kejadian yang amat jarang berlaku. Disebabkan itu, berita yang menimpa wanita malang ini pantas menjadi viral, bukan sahaja di negaranya malah turut dilaporkan oleh media asing.

Ahli perubatan sentiasa mengesyorkan pengguna gigi palsu agar menanggalkannya pada waktu malam bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku ketika tidur.

Doktor sentiasa mengesyorkan untuk pemakai gigi palsu untuk menanggalkannya pada waktu malam, untuk mengelakkan sebarang jenis kemalangan namun nasihat itu tidak dikikuti oleh wanita tersebut.

BACA: Kerja Amalnya Ditayangkan Di Skrin Besar, Sadio Mane Rendah Diri, “Saya Segan Bercakap Soalnya”

Sumber: ODDITYCentral 

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.