Siakap Keli
Kredit: Bernama

Kajian Indeks Pencen Global 2022, Sistem Persaraan Malaysia Ketiga Terbaik Asia, Atasi Jepun & Korea Selatan

Berdasarkan Indeks Pencen Global, Malaysia  menduduki tempat ke-23 dengan memiliki markah keseluruhan sebanyak  63.1, yang melayakkan Malaysia untuk mencapai gred C+.

Indeks Pencen Global 2022 merupakan satu laopran kajian yang dijalankan oleh pihak Mercer, sebuah syarikat pengurusan aset dan Institut Chartered Financial Analyst (CFA Institute). Pihak Monash University dan Monash Business School juga berkolaborasi bagi menghasilkan laporan kajian ini.

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meletakkan indikator terhadap taraf kehidupan pesara bagi sesebuah negara. Hal ini demikian kerana, memberikan sekuriti kewangan untuk zaman persaraan adalah sangat penting bagi setiap individu dan ahli masyarakat.

Oleh itu, banyak negara yang sedang menggembeleng tenaga bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan berusia,  merangkumi pelbagai aspek seperti sosial, ekonomi dan kewangan.

Sejak 2020, wabak COVID-19 telah menonjolkan pelbagai isu mengenai perkara ini. Walau bagaimanapun, ia bukan hanya terhad kepada golongan berusia sahaja malah, memberikan cabaran bagi sistem persaraan di seluruh dunia.

Nilai keseluruhan bagi Indeks Pencen Global ini dikira dengan mengambil  40 peratus daripada sub-indeks Kecukupan (adequacy), 35 peratus daripada sub-indeks Kemampanan (sustainability) dan 25 peratus daripada sub-indeks Intergriti (intergrity). Pemberat-pemberat ini masih tidak berubah sejak pengeluaran edisi pertama bagi indeks tersebut pada 2009.

Kredit: Index Pension Global 2022

Setelah mengira markah keseluruhan bagi setiap negara, markah-markah tersebut akan disusun mengikut urutan digit dan mengelaskan negara-negara tersebut dalam sistem penggredan. Berdasarkan graf di bawah, Malaysia menduduki tangga ke-23 daripada 44 buah negara yang terlibat.

Kredit: Index Pension Global 2022

Berdasarkan graf tersebut, terdapat warna yang berbeza-beza untuk menentukan gred yang dicapai bagi setiap negara. Hanya tiga buah negara yang berjaya mencapai gred A (biru cair) iaitu, Ireland, Belanda dan Denmark. Manakala, terdapat enam negara yang mendapat gred D (biru gelap) iaitu, Thailand, Filipina, Argentina, India, Turki dan Indonesia.

Apakah taraf kualiti sistem persaraan di Malaysia?

Seperti yang tertera pada graf di atas, Malaysia mencapai gred C+ bersama beberapa negara yang lain seperti Sepanyol, Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Portugal.

Diperingkat Asia, berdasarkan kajian tersebut, Malaysia merupakan negara ketiga terbaik di benua ini selepas Singapura di tangga ke-9 dan Hong Kong di tangga ke-19. Malah, kedudukan Malaysia jauh lebih baik berbanding beberapa negara maju yang lain antaran Jepun, Korea Selatan dan China.

Negara-negara yang mencapai gred C dan C+ sudah memiliki sistem persaraan yang memiliki beberapa fitur yang baik, tetapi ia juga memiliki risiko besar atau kekurangan yang perlu diambil perhatian.  Jika tidak, ia akan memberikan kesan terhadap tahap efisien dan kemampanan dalam jangka masa yang panjang.

Pada akhir laporan, pihak Mercer dan CFA Institute telah memberikan pelbagai insiatif untuk meningkatkan taraf sistem persaraan bagi sesebuah negara. Antaranya, mengurangkan kadar pengeluaran wang simpanan persaraan sebelum waktu persaraan, meningkatkan kualiti pelan persaraan bagi industri swasta dan sebagainya.

Akhir sekali, indeks ini mampu melihat taraf kualiti sisitem persaraan yang diimplementasikan terhadap rakyat bagi sesebuah negara dan membantu kerajaan untuk menaiktarafnya demi kebajikan penduduk, khususnya golongan berusia di negara tersebut.

Sumber: Mercer – CFA Institute Index of Pension Global 2022

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.