Siakap Keli
Pemandu Lori maut dalam kemalangan di bentong
Gambar: Polis Bentong

Rempuh Belakang Treler, Pemandu Lori Dilapor Maut Dalam Kemalangan Di Bentong

Rempuh Belakang Treler, Pemandu Lori Dilapor Maut Dalam Kemalangan Di Bentong

BENTONG — Seorang pemandu lori dilaporkan maut dalam satu kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan, lori dan treler di Kilometer 42 lebuhraya di Kuala Lumpur menghala ke Karak (arah barat) sekitar jam 12.50 malam tadi.

Difahamkan, mangsa yang maut merupakan pemandu lori yang membawa muatan barangan kurier berusia 46 tahun manakala pemandu treler, 30, yang membawa muatan sawit seberat 50 tan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kedua-dua lelaki terbabit merupakan warganegara tempatan.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati sebuah lori dari arah Bentong menghala ke Kuala Lumpur dan apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai pemandu lori mengubah haluan masuk ke lorong kiri untuk memotong kenderaan di hadapan dan kemudian telah melanggar bahagian belakang treler yang berada di lorong kiri tersebut.

“Akibat kemalangan tersebut, seorang pemandu lori telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Tambah Zaiham, dia memohon agar mana-mana pihak untuk tampil memberi kerjasama berhubung kejadian tersebut bagi membantu siasatan.

Beliau juga menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah, maklumnya.

Sumber: Polis Bentong

BACA JUGA: Kereta Rempuh Treler 18 Tayar Semasa Pusingan U, Ahli Perniagaan Maut

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.