Siakap Keli
Permulaan Kilometer 0 Jalan Persekutuan Yang Tidak Semua Ketahui

Selalu Jumpa Di Jalan Raya, Rupanya Ini Lokasi Bermula Kilometer 0 Jalan Persekutuan Yang Ramai Tak Tahu

Selalu Jumpa Di Jalan Raya, Rupanya Ini Lokasi Bermula Kilometer 0 Jalan Persekutuan Yang Ramai Tak Tahu

Jika kita bergerak ke mana-mana, lebih-lebih lagi melalui jalan raya tidak kira jalan persekutuan atau jalan negeri, papan tanda adalah perkara yang mustahak untuk diperhatikan di sepanjang perjalanan. Selain itu, struktur batu yang menunjukkan kilometer juga adalah elemen-elemen penting yang tersedia di laluan untuk melancarkan perjalanan kita.

Tetapi, sepanjang perjalanan anda, pernah tak anda bertemu dengan batu yang merujuk kepada Kilometer Sifar (0) atau adakah anda pernah bertemu dengan batu berkenaan?

Di kebanyakan negara, Kilometer 0 merujuk kepada satu lokasi khusus dan selalunya lokasi ini terletak di ibu negara. Kebiasaannya, ia terletak berhampiran pejabat pos utama di ibu negara tersebut. Istilah yang sama digunakan bagi sesebuah laluan jalan raya iaitu, semua lokasi di jalan tersebut mempunyai nombor jarak, bergantung kepada jaraknya dari lokasi kilometer sifar serta bagi sesebuah bandar.

Lalu, bagaimanakah dengan negara kita? Adakah Kilometer 0 terletak di Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara Malaysia.

Tidak. Uniknya tentang Malaysia, Kilometer 0 bagi Jalan Persekutuan negara ini terletak di Johor Bahru. Lalu, timbul persoalan, mengapa Kilometer 0 kita tidak bermula di ibu negara?

Permulaan Kilometer 0 Jalan Persekutuan Yang Tidak Semua Ketahui
Kredit: Jabatan Kerja Raya Johor

Merujuk kepada perkongsian Jabatan Kerja Raya Johor yang memetik perkongsian Blog Jalan Raya Malaysia, semua laluan tulang belakang utama bagi rangkaian jalan raya Malaysia adalah Jalan Persekutuan 1, 3 dan 5 yang dikira dari Johor Bahru walaupun titik permulaan bagi setiap jalan berkenaan mungkin berbeza.

Misalnya, Jalan Persekutuan 1 bermula dari tapak asal Kompleks Imigresen Tanjung Puteri yang sudah dirobohkan. Manakala Jalan Persekutuan 3 pula bermula dari Persimpangan Johor Bahru di KM1 Jalan Tun Abdul Razak FT1. Bagi Jalan Persekutuan 5 pula, ia bermula di persimpangan bertingkat pangkalnya di KM19 Lebuhraya Skudai FT1.

Memandangkan Kuala Lumpur terletak lebih kurang 380km dari permulaan Jalan Persekutuan 1 dan 40km dari permulaan Jalan Persekutuan 2, maka ia tidak sesuai dijadikan Kilometer Sifar Kebangsaan memandangkan ibu negara itu terletak terlalu jauh daripada titik permulaan tulang belakang utama Jalan Persekutuan.

Manakala daripada segi sejarah pula, jalan-jalan utama di Semenanjung Malaysia secara umumnya semua bertemu di Johor Bahru sebelum ia dihubungkan ke Singapura melalui Tambak Johor, ketika ia dibuka pada 1924 untuk lalu lintas. Maka, Johor Bahru dipilh sebagai lokasi Kilometer Sifar Kebangsaan sejak lebih dari 95 tahun dahulu.

Begitulah serba sedikit kisah mengenai Kilometer 0 di Malaysia ini. Ia merupakan satu sejarah yang begitu penting dan wajar dipelihara untuk tatapan generasi akan datang.

Sumber: Jabatan Kerja Raya Johor, Blog Jalan Raya Malaysia

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.