Situasi Ekonomi Tak Menentu, Punca Hampir 60 Syarikat Terkemuka Dunia Dilapor Pecat Pekerjanya
Keadaan ekonomi yang diramal tidak menentu dalam tahun akan datang menyaksikan banyak syarikat terpaksa menilai semula model perniagaan mereka, termasuklah kapasiti pekerjanya.
Menurut data GlobalData, dianggarkan sekurang-kurangnya 60 syarikat terkemuka diseluruh dunia mengumumkan pengurangan jumlah pekerja bermula sejak Ogos 2022 lalu.
Antara syarikat yang dilapor telah melaksanakan pengurangan perkerja adalah Microsoft, Apple, Tencent, Xiaomi dan Snap susulan situasi mikroekonomi yang tidak menentu berpotensi menjejaskan kewangan syarikat.
Bagaimanapun, para pemerhati berpendapat situasi mungkin boleh bertambah buruk. Sherla Sriprada, penganalisis asas perniagaan di GlobalData yang menerbitkan laporan itu memberi contoh bagaimana Microsoft merancang pengurangan pekerjanya di masa depan.
“Bergantung kepada kepentingan khusus Microsoft, dimana mereka memberhentikan 1% daripada jumlah tenaga kerjanya disebabkan kelembapan ekonomi, dan mempunyai rancangan untuk menamatkan perkhidmatan 200 pekerja lagi daripada pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengguna sebagai sebahagian daripada penjajaran semula syarikat.
”Tawaran jawatan pekerjaan Microsoft turun sebanyak 47 peratus pada Ogos 2022 berbanding Januari 2022,” kata Sriprada.

Bahkan, Alibaba China turut dilapor akan memecat 10,000 pekerja iaitu sebahagian daripada langkah untuk mengurangkan kos operasi. Salah satunya didorong oleh pertumbuhan jualan yang perlahan dan kenaikan harga. Manakala Tencent, sebuah syarikat sektor teknologi China yang berkembang pesat turut mengambil langkah yang sama selepas menghadapi kelembapan jualan dimana syarikat itu dilapor memberhentikan lebih 5, 500 pekerja mereka serta-merta.
Meta yang dahulunya dikenali dengan Facebook telah membekukan pengambilan pekerja untuk beberapa bahagian, seperti bahagian membeli-belah dan Messenger Kids, yang telah mencetuskan kebimbangan pemberhentian pekerja di kalangan pekerjanya.
“Saya tidak boleh duduk di sini dan membuat janji berterusan yang tetap bahawa apabila keadaan berubah, kita tidak perlu mempertimbangkan semula itu (pengurangan tenaga kerja),” kata Zuckerberg kepada kakitangan semasa mesyuarat.

Ketua Pegawai Eksekutif Google dan Alphabet Sundar Pichai menyatakan awal bulan ini mereka mahu menjadikan syarikat mereka 20 peratus lebih cekap sambil memberi isyarat bahawa ada kemungkinan tindakan pengurangan tenaga kerja diambil.
“Kami ingin memastikan sebagai sebuah syarikat, apabila anda mempunyai sumber yang sedikit berbanding sebelum ini, anda perlu mengutamakan semua perkara yang betul untuk diusahakan dan memerlukan pekerja yang benar-benar produktif kerana mereka sebenarnya boleh memberi kesan kepada perkara yang mereka usahakan, ” kata Pichai.
Begitu juga dengan gergasi perbankan Goldman Sachs merancang untuk memecat ratusan pekerjanya dengan menyambung semula amalan tahunan yang telah dihentikan sejak dua tahun lalu akibat wabak Covid-19.
Pakar percaya bahawa Goldman Sachs berkemungkinan akan menyingkirkan sekitar satu hingga lima peratus pekerjanya yang berprestasi rendah dimana ia akan melibatkan diantara 500 hingga 2,400 pekerja.
Sumber: Wionews