Siakap Keli
Kredit Getty Images/Netflix/Eugene Garcia/ AFP

eBay “Blacklist” Penjualan Kostum Halloween Jeffrey Dahmer

eBay “Blacklist” Penjualan Kostum Halloween Jeffrey Dahmer

Syarikat jualan atas talian eBay telah mengharamkan penjualan pakaian yang diilhamkan daripada siri Netfliex Jeffrey Dahmer menjelang Halloween kerana menyifatkannya sebagai melanggar polisi mengenai keganasan, lapor Yahoo News.

Seorang jurucakap mengesahkan kepada BuzzFeed News bahawa platform jualan itu sedang mengalih keluar penyenaraian jualan kostum itu secara aktif.

Item yang telah dimuat naik di platform eBay tersebut termasuk ‘jumpsuit’ oren dengan topeng dan cermin mata yang menyerupai gambaran pelakon Evan Peters tentang Dahmer dalam siri Neflix itu.

Kredit eBay

Dasar syarikat menyatakan bahawa penjual dilarang menyenaraikan barangan yang ‘mempromosikan atau mengagungkan keganasan’ atau dikaitkan dengan individu yang ganas.

Di platform Amazon, carian untuk ‘kostum Jeffrey Dahmer’ menawarkan sepasang cermin mata yang serupa dengan Dahmer pakai sepanjang tempoh perbicaraannya.

Kredit Amazon

Terdapat juga barangan yang kelihatan seperti mempromosikan kanibalisme Dahmer, termasuk penjualan kemeja-T dengan perkataan bertulis ” Jika anda tidak dapat mengalahkan mereka, makanlah mereka”.

Siri Netflix Ryan Murphy yang dibintangi Evan Peters memperlihatkan watak Dahmer dan jenayahnya, di mana dia telah menerima hukuman penjara seumur hidup pada tahun 1992.

Siri yang ditayangkan pada 21 September lalu itu telah menjadi salah satu siri paling popular mengatasi rekod yang dipegang siri Squid Game pada sebelum ini.

Di samping popularitinya, ia juga telah menerima kritikan hebat daripada orang ramai. Terutamanya daripada ahli keluarga mangsa yang trauma akan insiden yang berlaku itu.

Dilaporkan, Dahmer telah membunuh 17 orang yang kebanyakannya lelaki kulit hitam dan kanak-kanak lelaki.

Kekejaman mengerikan yang dilakukan Dahmer terhadap mangsa termasuk, nekrofilia, kanibalisme dan pemotongan anggota badan.

Sumber: Yahoo News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.