Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Hanya Tiga Negeri Yang Bubar, Ini Jumlah Kerusi DUN & Parlimen Yang Akan Bertanding PRU 15 Nanti

Hanya Tiga Negeri Yang Bubar, Ini Jumlah Kerusi DUN & Parlimen Yang Akan Bertanding PRU 15 Nanti

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh telah mengumumkan jumlah kerusi yang bakal dipertandingkan bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk tiga buah negeri iaitu Pahang, Perlis dan Perak berikutan PRU 15.

Keputusan tersebut diumumkan semasa sidang media selepas mesyuarat khas SPR berhubung pilihan raya berkenaan pada hari ini. Menurut pengerusi SPR tersebut, PRU 15 kali ini akan berjalan serentak bersama Pilihan Raya Kecil DUN N66 Busaya di Sabah.

Selain mengumumkan tarikh-tarikh penting untuk sesi Pilihan Raya Umum ke-15, pihak SPR juga mengumumkan jumlah kerusi yang bakal dipertandingkan semasa PRU 15. Di peringkat Persekutuan, sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan di seluruh negara.

Manakala di peringkat negeri pula, hanya 115 kerusi sahaja yang dipertandingkan selepas hanya tiga negeri iaitu Pahang, Perlis dan Perak membubarkan DUN masing-masing bagi menjalankan PRN serentak dengan PRU.

Sebagai pecahan, di DUN Pahang, sebanyak 42 kerusi dipertandingkan manakala di DUN Perlis pula akan mempertandingkan 15 kerusi sahaja. Baki 59 kerusi DUN lagi akan dipertandingkan di Perak.

Menurut SPR, terdapat lebih daripada 10 ribu sukarelawan yang akan terlibat dalam melanncarkan proses sewaktu sesi pilihan raya manakala terdapa 625 Pegawai Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Paegawai Berkuat Kuasa Tempatan (PBT) serta wakil-wakil calon yang bertanding.

Pada akhir sidang tersebut, Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengatakan sebanyak 21173638 pemilih berdaftar yang layak mengundi untuk sesi PRU 15 berdasarkan data yang dikemaskini pada 9 Oktober 2022.

BACA: KPM Beri Cuti Tambahan Dua Hari Sempena Sambutan Deepavali, Ikut Kategori

Sumber: Siaran langsung Astro Awani

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.