Siakap Keli

Lebih 1,000 Individu Dapat Kerja, 10 Peratus Jawatan Kosong Bidang Bioteknologi Antara Pencapaian Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Melaka

AYER KEROH, MELAKA – Seramai 1,102 individu berjaya mendapat pekerjaan,  manakala 3,988 yang lain mara ke saringan temu duga peringkat seterusnya menerusi  Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 yang berlangsung dari 14  hingga 16 Oktober 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC),  Melaka.

Karnival yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bersama Kementerian  Sumber Manusia menerusi agensinya, Pertubuhan Keselamatan Sosial  (PERKESO) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini juga  menyaksikan penglibatan seramai 42 majikan daripada pelbagai sektor dengan  tawaran sebanyak 5,500 peluang pekerjaan dari dalam dan luar negeri Melaka.

Selain sambutan yang menggalakkan dengan hampir 6,500 pengunjung hadir ke  karnival ini, keistimewaan jelajah karnival pada kali ini juga memperlihat penglibatan aktif majikan dalam sektor Bioteknologi yang menawarkan hampir 10 peratus peluang kerjaya daripada keseluruhan jawatan kosong di karnival tiga (3) hari  tersebut. Majikan lain yang turut serta termasuk daripada sektor awam, Syarikat  Berkaitan Kerajaan (GLC), perkilangan, kewangan, peruncitan dan kesihatan.

Selain itu, PERKESO turut mengadakan sesi temu duga terbuka secara walk-in pada setiap minggu di semua pejabat PERKESO di seluruh negara dan secara  harian di beberapa pejabat PERKESO utama seperti Putrajaya bagi membantu  Keluarga Malaysia memperoleh pekerjaan dengan mudah dan cepat.

Bagi menarik lebih ramai majikan untuk menyertai temu duga terbuka ini, PERKESO  turut berbesar hati dan mengalu-alukan mereka yang mempunyai jawatan kosong untuk hadir di mana-mana Pejabat PERKESO Negeri dan menggunakan fasiliti yang  disediakan secara percuma seperti tempat temu duga.

Di samping itu, para majikan juga disaran mendaftar dengan program JaminKerja Insentif Penggajian (JKIP) iaitu inisiatif Kerajaan di bawah Bajet 2022 untuk memberi  insentif kepada majikan yang membuat pengambilan pekerja kepada kepada  golongan sasar seperti penganggur, golongan rentan seperti orang kelainan upaya  (OKU), bekas banduan, warga emas dan golongan wanita menganggur. Insentif khas  juga disediakan kepada majikan dalam sektor pelancongan yang membuat  pengambilan pekerja daripada golongan menganggur untuk sekurang–kurangnya dua  bulan.

Menerusi JKIP, seramai 300,000 Keluarga Malaysia disasarkan untuk dibantu  mendapat penempatan pekerjaan dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion. Justeru,  para majikan diseru untuk segera mendaftar demi memanfaatkan bantuan Kerajaan  ini yang menawarkan insentif kewangan sehingga RM42,000 untuk tempoh 12 bulan

bagi setiap pekerja baharu. Majikan boleh mendaftar di  https://jaminkerja.perkeso.gov.my sebelum permohonan ditutup pada 31 Disember 2022 ini.

Untuk maklumat lanjut dan terkini berkaitan karnival kerjaya, sesi temu duga dan  peluang-peluang pekerjaan baharu yang ditawarkan PERKESO, orang ramai boleh merujuk laman media sosial rasmi PERKESO atau layari Portal MYFutureJobs  www.myfuturejobs.gov.my. Buat majikan yang berminat untuk menyertai sesi temu  duga harian di Pejabat PERKESO Negeri pula boleh hubungi nombor Careline  PERKESO 1-300-22-8000 atau e-mel kepada [email protected].

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.