Siakap Keli
Liga Perdana Singapura Bakal Menggunakan VAR Pada Tahun Depan 2023
Sumber: Mothership

Liga Perdana Singapura Umum Guna VAR Untuk Saingan Liga Domestik Tahun Depan

Liga Perdana Singapura Umum Guna VAR Untuk Saingan Liga Domestik Tahun Depan

Saingan Liga Perdana Singapura (SPL) akan memperkenalkan penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) pada musim depan bertujuan untuk meningkatkan kualiti bola sepak negara itu.

Menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), susulan pengumuman itu, mereka akan menjadi negara ketiga dalam Persekutuan Bola Sepak ASEAN dan negara ke-11 di Asia yang menggunakan teknologi tersebut.

Penggunaan teknologi itu baru-baru ini menjadi tajuk utama selepas ia telah menyebabkan pembatalan gol dalam perlawanan berprofil tinggi Liga Perdana Inggeris pada hujung minggu lalu, iaitu melibatkan pertemuan Liverpool menentang Manchester City dan Leeds menentang Arsenal.

Bagaimanapun, Ketua Projek dan Pengarah (Pengadil) FAS, Nazeer Hussain, melalui laman web persatuan berkata kualiti liga domestik akan bertambah baik dengan pengenalan VAR yang dapat membantu pengadil membuat keputusan yang tepat.

”Kami mahu memastikan bahawa mereka (pengadil) sentiasa terdedah dengan perkembangan terbaharu dalam melaksanakan tugas mereka, dari segi pengetahuan tentang permainan dan melengkapkan diri mereka dengan teknologi sepatutnya ketika bertugas,” katanya.

Pegawai perlawanan kini sedang giat menjalani latihan dan persiapan mengendalikan VAR, iaitu peringkat ketiga daripada lima peringkat proses pelaksanaan dan kelulusan yang disediakan oleh FIFA. Keseluruhan proses akan mengambil masa antara 12 hingga 18 bulan kata Hussain.

Tambahnya lagi, latihan berjalan lancar dan FAS kini menjadualkan lawatan untuk pegawai FIFA melawat Singapura dan menilai kemajuan pegawai.

“Masih terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan, tetapi jika semuanya berjalan lancar, kami yakin dapat melaksanakan VAR dalam SPL tahun depan,” kata Hussain lagi.

Sumber: Mothership

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.