Acara Penstriman Facebook Live “ONEderful Day with Kim Seol Hyun” dan sesi ramah mesra peminat eksklusif secara maya turut diumumkan.
Kuala Lumpur, 20 Oktober 2022 – ONE, rangkaian terkemuka Asia untuk hiburan Korea yang terbaik (dimiliki dan dikendali sepenuhnya oleh KC Global Media), mengumumkan tayangan perdana eksklusif yang pertama untuk siri 16-episod drama romantik Korea terbaharu, Summer Strike, dibintangi pelakon Korea terkemuka, Kim Seol Hyun pada 12 November, pukul 9.45 malam. Tempoh ekspres 24 jam dari Korea Selatan, dengan episod baharu disiarkan setiap Sabtu dan Ahad pada pukul 9.45 malam di ONE TV Asia, Siaran Astro 393.
Kim Seol Hyun – yang berlakon dalam siri drama popular seperti Awaken dan My Country: The New Age – akan disertai oleh penyanyi dan pelakon Im Si Wan, ahli kumpulan boyband Korea Selatan ZE:A, yang berlakon dalam drama thriller baru-baru ini, Tracer dan Hell is Other People. Diadaptasi daripada siri romantik webtoon Joo Young-Hyun, I Don’t Feel Like Doing Anything, Summer Strike menyaksikan Kim Seol Hyun memainkan watak sebagai protagonis Yeoreum, manakala Si-Wan memainkan watak kekasihnya, Daebum.
Summer Strike menggambarkan kisah Yeoreum, yang burnout akibat kerjanya dan beberapa kisah malang dalam hubungannya yang lalu. Berhasrat untuk tidak melakukan apa-apa, beliau mogok terhadap kehidupan dan berpindah dari pemandangan bandar Seoul ke sebuah perkampungan pantai kecil yang dikenali sebagai Angok.
Di Angok, dia bertemu dengan pustakawan Daebum, yang mengalami situasi yang sama seperti Yeoreum, dan mereka semakin rapat akibat banyak kejadian yang mengukuhkan hubungan mereka bersama. Ini menarik mereka lebih rapat, dengan Yeoreum mencari dirinya sendiri melalui Daebum dan menyembuhkan luka-luka masa lampaunya. Walau bagaimanapun, bukan semuanya terang dan aman di Angok.
Apabila anda sangka ia akan menjadi pengakhiran yang bahagia, klimaks drama tersebut mempersembahkan senario yang tidak dijangka yang akan merobek hubungan romantik pasangan ini. Yeoreum mendapati dirinya terjerumus dalam kes pembunuhan yang tidak dijangka, dan pasangan itu mesti bekerjasama untuk menangkap pembunuh tersebut. Setiap episod penuh aksi pasti membuatkan penonton berada di pinggir tempat duduk mereka kerana ia akan membawa pasangan ini melalui cabaran yang akan mereka hadapi di Angok.
Acara Penstriman Facebook Live ONEderful Day Bersama Kim Seoul Hyun pada 13 November
ONE akan menyemarakkan pelancaran siri ini dan mendekatkan peminat dengan K-star kegemaran mereka, menerusi acara penstriman Facebook Live yang popular, “ONEderful Day with Kim Seol Hyun”, pada 13 November pukul 3:45 petang (SGT) secara eksklusif di laman komuniti Facebook ONE TV Asia. Acara penstriman langsung FB akan dibuka kepada orang ramai di mana peminat boleh sertai permainan interaktif, termasuk sesi Soal Jawab dengan Kim Seol Hyun dan banyak lagi.
Menangi Pas Khas ke Sesi Pertemuan Peminat Maya Tertutup bersama Kim Seol Hyun
Eksklusif untuk pelanggan Astro, 30 pemenang akan dipilih untuk memenangi pas khas untuk bertemu Kim Seol Hyun secara dekat dan peribadi menerusi sesi pertemuan eksklusif peminat maya tertutup dan berpeluang memenangi acara bergambar khas bersama Kim Seol Hyun dan banyak lagi.
Mulakan pengembaraan ke Korea Selatan sebagai ONE SuperFAN Travel Insider
Di samping itu, seorang pelanggan Astro berpeluang untuk memenangi <perjalanan empat hari, tiga malam untuk dua orang ke Korea Selatan> sebagai “ONE SuperFAN Travel Insider”. Pemenang dan teman akan menikmati peluang yang luar biasa untuk menyelami budaya Korea dan meneroka bandar Seoul yang indah di mana kemodenan memenuhi sejarah yang kaya dan dipadankan dengan hidangan yang enak dan banyak lagi. Di samping itu, pemenang juga akan mendapat akses istimewa untuk melihat di belakang tabir acara Penstriman Facebook Live “ONEderful Day with Kim Seol Hyun” di Seoul pada 13 November. Maklumat lanjut di Aplikasi My Astro.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Summer Strike dan peraduan ini, pastikan anda mengikuti @ONEtvasia di Facebook, Twitter, Instagram dan Tik Tok.