Siakap Keli
penyu terancam ditemui di hutan simpan
Gambar: Nguyen Nam

Penyu Terancam & Kura-Kura Ditemui Di Hutan Simpan

Kira-kira 15 ekor penyu berkepala besar dan 10 ekor kura-kura telah dijumpai di Hutan Simpan Pu Hu di wilayah tengah Thanh Hoá iaitu di bawah projek dua tahun yang bermula sejak 2020.

Menurut Timbalan Pengarah Lembaga Đàm Duy Đông, Lembaga Pengurusan Hutan Simpan Pù Hu menganalisis indentiti Morphological dan Phylogeographic bagi dua spesies yang terancam itu ke arah membina peta kepadatan spesies.

Malah, secara saintifiknya, haiwan itu dikenali dengan nama Platysternon megacephalum dan manouria impressa.

Gambar: Nguyen Nam

Sebagai sebahagian daripada projek itu, lembaga tersebut juga akan menganjurkan persidangan dan kursus latihan untuk pegawai, mengedarkan risalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kerja pemuliharaan dan membangunkan perisian pengurusan, tambah beliau.

Penyu berkepala besar (Platysternon megacephalum) ialah spesies penyu air tawar yang berbeza evolusi dan terancam secara global. Malah, pemburuan dan perdagangan haram adalah ancaman utama kepada spesies itu.

Selain itu, kura-kura (manouria impressa) berasal dari kawasan hutan di pergunungan di Asia Tenggara, termasuklah Vietnam.

Biasanya, kura-kura ini akan hidup di darat dan lembah. Malah, haiwan itu juga tersenarai dalam hidupan hutan yang jarang ditemui dan terancam yang patut untuk dilindungi.

Sumber: Viet Nam News

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.