Siakap Keli
berjaya
Gambar: FB Huffaz In The Gambia

Remaja 18 Tahun Dapat Gelaran al-Hafiz, Berjaya Baca Seluruh Al-Quran Tanpa Silap Selama 7 Jam

Seorang remaja 18 tahun di Gambia, Afrika diberi gelaran al-Hafiz disebabkan berjaya membaca keseluruhan ayat suci al-Quran tanpa sebarang kesilapan.

Huffaz In The Gambia menerusi laman Facebook menyatakan Alhusainey Kabba yang berusia 18 tahun ini membaca al-Quran selama tujuh jam empat minit, bermula 8.12 pagi hingga 2.52 petang tanpa melakukan sebarang kesilapan.

Remaja itu hanya tergagap di dua tempat semasa membaca Surah Al-Maidah dan dalam Surah At-Taubah.

Gambar: FB Huffaz In The Gambia

Dia diberi gelaran Hafiz kerana ia merupakan gelaran yang diberikan kepada seseorang yang berjaya menghafal dan membaca keseluruhan al-Quran tanpa sebarang kesilapan.

Kejayaan Alhusainey itu disambut baik dan gembira oleh warganet di laman Facebook kerana lelaki seawal usia remaja tersebut memilih untuk tidak membuang masa pada zaman mudanya.

“Semoga Allah memelihara kamu dan memberi kamu kerendahan hati dan kekuatan untuk mengajar orang lain mengenai kitab Allah,” kata pemberi komen.

“Masha Allah semoga Allah tambahkan ilmunya, tahniah,” ujar warganet.

“Ada sesiapa yang merakam dan menyiarkan di Youtube supaya kita boleh mendengarnya semasa kita tidur? Tujuh jam adalah sempurna,” tambah orang awam.

Cara mengekalkan gelaran Hafiz

Gambar: Huffaz in the Gambia

Walaupun telah melepasi cabaran menghafaz namun seseorang al-Hafiz al-Quran perlu meneruskan hafalan al-Quran dengan sentiasa mengulangi (muraja’ah) serta memperbaiki bacaannya.

Hafiz juga perlu untuk memelihara hafalannya kerana semakin banyak kali al-Quran dibaca maka semakin kerap kitab itu dapat dikhatamkan.

Golongan itu juga disarankan untuk membuat jadual sendiri dalam menguruskan bacaannya kerana dengan adanya jadual, maka urusan mereka akan lebih teratur dan lebih konsisten untuk menghafal serta muraja’ah.

Selain itu, seseorang al-Hafiz juga disarankan untuk membaca pada waktu malam bagi membiasakan diri untuk qiyamullail dan membaca surah-surah hafalan dalam solat yang didirikan.

Perkara tersebut bertepatan dengan saranan Nabi Muhammad SAW yang menganjurkan kepada para sahabat agar sentiasa menghafaz al-Quran serta membacanya dalam waktu solat.

Dengan cara sedemikian, al-Hafiz akan dapat mengekalkan hafalannya tanpa mempunyai masalah demi memelihara kitab suci Allah itu.

https://www.facebook.com/huffaazinthegambia/posts/pfbid0XWM9BReXgs98H4Ya8nqMpyHJVL7853M4njXH1EgAWt3Stbm5TBfQWda4a5orFfWcl

Sumber: Facebook / Huffaz In The Gambia

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.