Tomato Yang Dimasak Lebih Berkhasiat Berbanding Makan Mentah & Ini 4 Manfaat Ramai Tak Tahu
Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kebaikan serta khasiat yang berbeza. Pengambilan makanan-makanan ini pada kadar yang disarankan memberi manfaat kepada tubuh badan seperti memelihara diri daripada serangan penyakit tertentu dan membantu pemulihan sel-sel dalam tubuh.
Salah satunya adalah tomato yang tergolong dalam kategori buah-buahan secara genetiknya tetapi seringkali disediakan dan dihidangkan sebagai sayur-sayuran. Walau apapun kategorinya, tidak dapat dinafikan manfaat buah tomato mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
Namun begitu, ramai yang tidak mengetahui bahawa tomato sebenarnya lebih baik dimasak dahulu berbanding dimakan secara mentah-mentah.
Secara umumnya, tomato megandungi sejenis antioksida yang dikenali sebagai lycopene. Kandungan lycopene di dalam tomato yang melalui proses masakan lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding memakannya secara mentah.
Selain itu, tomato juga memiliki kandungan nutrisi yang banyak dan salah satu adalah kandungan vitamin C yang memiliki nutrisi yang tinggi. Kandungan vitamin C tomato dapat membekalkan 28 peratus vitamin C kepada kita kerana tubuh badan kita memerlukan vitamin C di dalam badan pada setiap hari.
Menurut perkongsian Bahagian Pemakanan Kesihatan Malaysia di laman media sosial Twitter, kajian mendapati bahawa tomato yang dimasak selama 30 minit mempunyai kandungan lycopene dua kali ganda lebih tinggi berbanding tomato mentah dan lycopene kebiasaanya memberikan pigmen warna kepada buah atau sayur yang berwarna merah.
4 kebaikan tomato yang telah di masak dalam tubuh badan kita adalah:
1. Mengurangkan Risiko Penyakit Kanser
Tomato mengandungi kandungan antioksida yang tinggi dan boleh mengurangkan risiko kanser. Kajian mendapati tomato kaya dengan antioksida likopena yang dapat melindungi diri daripada risiko kanser.
2. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Seperti diketahui tomato mengandungi antioksidan yang dinamakan lycopene dan merupakan antioksidan yang berfungi melindungi kesihatan jantung. Kajian menunjukkan memakan produk yang berasaskan tomato adalah lebih efektif berbanding mengambil suplemen lycopene.
3. Melindungi Daripada Kerosakan Sel
Tomato turut mengandungi satu vitamin dan mineral yang dipanggil Folat (B9) salah satu vitamin B yang penting untuk pertumbuhan tisu dan melindungi fungsi sel normal dan ia amat penting bagi wanita hamil.
4. Mencantikkan dan memulihkan sel kulit

Tomato bukan sahaja akan memberi manfaat kepada kesihatan malahan juga kecantikan. Ini kerana tomato dapat membantu melindungi kesihatan kulit daripada sinaran matahari dan menghasilkan pro-kolagen, yang berfungsi mengekalkan struktur kulit bagi membuat individu kelihatan awet muda.
Bagi mereka yang ingin mengambil tomato untuk kesihatan kulit, pastikan anda makan tomato yang telah dimasak kerana kandungan lycopena dalam tomato paling tinggi adalah setelah dimasak.
Secara ringkasnya, tomato merupakan antara sumber makanan utama yang perlu ada dalam diet dan anda yang perlu memilih cara untuk memakannya secara mentah atau dimasak. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Sumber: NutritionistKKM via Twitter, Hello Doktor