Siakap Keli
khairul aming bawa staf bercuti
Gambar tangkap layar video KA | Twitter

Tutup Kilang 2 Hari, Khairul Aming Bawa 60 Staf Sambal Nyet Bercuti

Mesti best kan  kalau dapat boss yang memahami, peramah dan yang boleh ‘masuk air’ apabila bergaul dengan pekerja. Seperti tiada jurang pemisah antara boss dan pekerja.

Tetapi, tidak semua tempat kerja yang mempunyai boss seperti itu. Mungkin ada, tetapi hanya segelintir tempat kerja sahaja.

Memang tidak dapat dinafikan kita perlu bersikap secara profesional di tempat kerja. Namun, adakah bersikap profesional dengan menunjukkan keseriusan muka dan hanya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pekerjaan? Tentu tidak.

Jika suasana bekerja sedemikian, tidak hairanlah akan berlaku jurang yang besar antara pekerja dengan pekerja dan pekerja dengan boss.

Sebagai jalan penyelesaian kepada perkara ini, syarikat tempat bekerja perlu mengadakan aktiviti yang boleh memecahkan kejanggalan yang berlaku dalam ‘suasana kerja.’

Dengan demikian, pekerja akan lebih rapat antara satu sama lain di samping akan berasa enjoy dengan kerjanya.

Baru-baru ini di laman Twitter milik Khairul Aming, dia berkongsi satu video percutian bersama semua staf Sambal Nyet di sebuah resort, iaitu kira-kira dalam 60 orang staf semuanya.

Difahamkan kilang sambal miliknya, ditutup selama dua hari bagi memberi laluan untuk percutian itu.

Trip ni santai je, just untuk berehat and enjoy the nature,” katanya menerusi lama Twitter.

Gambar tangkap layar video KA | Twitter

Terpampang wajah kegembiraan dan gelak ketawa staf tersebut. Dapat dilihat dengan jelas mereka sangat menikmati percutian tersebut, malah aktiviti-aktiviti yang dijalankan lebih kepada aktiviti ‘me time’ iaitu terpulang kepada mereka untuk melakukan apa sahaja.

Malah, Khairul Aming juga turut membuat fruit cocktail sebagai pencuci mulut selepas aktiviti panggang memanggang dijalankan.

Dalam kesempatan itu juga, mereka turut menyambut hari jadi untuk “Octobers’babies” katanya dalam video tersebut.

Di sini, diselitkan video dari Twitter milik Khairulaming.

 

Sumber: Khairulaming

 

 

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.